Showing posts with label ENTRY BERGAMBAR. Show all posts
Showing posts with label ENTRY BERGAMBAR. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Burung Angry Bird Yang Real Dan Blogshop Baru






Asslammualaikum Bloggers. Selamat Tengahari.


Dah lunch ke semunya eyy? Hihi. Harini hari terakhir aku berada di Taiping. Esok nak pulang ke Kelantan suda. Sekejapnya kan. Taknak balik boleh? Hihi. Tapi, akurindu jugak korang semua yang kat sana tuu. Ohh ya, korang mesti pernah main AngryBird kan? Elelele, tipu lettewwww kalau tak penah.

Aip. Aip.

Nak tengok muka AngryBird yang real tak? Mesti comei comei yedop? Haaa, tengok bawah ni. Muka ganaih ganaih belako aih. Hihi.





Sejibik kan? Hoho. Okey, sekarang ni aku nak cerita bab lain. Semalam dengan rasminya aku berjaya sambung semula blogshop. Hihi. Eksiteddd maks tau takkk. Nak tahu tak apa nama blogshop aku? Hihi. PinkyHolicShop sesuai sangat dengan aku yang suka kale pink walaupun tak berapa nak holic sangat tapi aku nak buh holic jugak. Hihi.

Girls, cepat cepat lah terjah ye? Cantik-cantik semuanya dan murah-murah je. Rugi kalau tak terjah. Kalau dah berkenan tu boleh roger cepat-cepat through email atau pun facebook aku. Tapi, untuk makluman korang semua, ni "PRE-ORDER" tau. Kalau tak tahu maksudnya boleh terjah ke blogshop aku tu untuk maklumat lanjut. Terima kasih. Hehe.

Tapi kan semua, aku tak sempat lagi nak buat blogshop aku tu cantik-cantik, bubuh header cantik-cantik, buat banner gerak-gerak. Tapi, masih dalam percubaan nak buat. Tunggu lah nanti ye. Hihi. Jangan lupa grab tau girls!



Email : alyaclumsy@yahoo.com


Source Gambar : AsyrafNawi



Wednesday, August 10, 2011

Entry tak berapa nak pantas





Assalamualaikum, Selamat Siang Bloggers.

Aku rasa, ada yang tertanya tanya and salah faham dengan Wordless Wednesday aku minggu lepas. Hehe. Actually, gambar tu menunjukkan handphone yang aku guna pakai sekarang. Tapi, dea dah kioq. Kioq? Errr. Dengan erti kata lain dah barai. Errr, bukan bukan. Dah rosak. Hoho. Dah tak boleh on. Dah tak bole menyala. Dah tak boleh guna. Kenapa kenapa kenapa? Ini semua berlaku kerana jatuh ke dalam longkang di belakang rumah sewa aku ni. Wahahahaha.



Siapa yang biasa pakai Sony Ericsson ni, memang tahulah yang dea ni memang amat sensitiviti terhadap air. Bukan memang, tapi terlalu sensitif. Bulan empat lepas, baru je masuk setahun aku guna pakai handphone ni. tapi, dah tak rupa macam setahun. Keypad dah timbul. Masa aku mula mula beli, pakai tak sampai sehari keypad timbul. Konon ala ala gam dea tak kuat. Okey, lepas tu hantar warranty, tunggu seminggu, tapi tak sampai beberapa jam berlaku semula kejadian keypad timbul. Aku tak faham kenapa sehinggalah ke hari ini.

Sedangkan, aku tengok ada je sesetengah makhluk pakai handphone macam aku, tapi normal je. Kasihan kepada mereka yang bernasib malang macam aku. Tapi, seriusly phone ni memang best okey. Superb. Aku sayang gilerrr. Aku tengah tunggu encik boyfriend repair sekarang ni. Hehe.

Semalam, aku baru je menjejekkan kaki ke Kelantan. Fuhh. Balik cuti weekend. Tak sempat nak rehat sangat sebab hari hari ada plan. Ekeke. Gerak dari Kelantan-Taiping pun dah malam Jumaat. Sampai pagi Jumaat, jam 4 pagi. Diambil oleh sahabat baik aku dan encik boyfriend aku. Sahur bersama sama di Pelita sebab kawan baik aku sorang ni mengidam nak makan nasi kandar. Hooo. First time sahur nasi okey. Perghhhh. Terharu.

Lepas sahur, terus lepak rumah kawan baik aku ni. Sampai tengahari baru balik my sweet home. Then, terus teman my mum pergi settle kan bill semua sebab astro dah kena potong, streamyx pun. Haha. Bukan apa, kat rumah tu just tinggal berdua je, takde sapa pun nak guna kan. Bila anak anak balek je baru guna. Hoho. Bosan gila kalau dua benda ni takde kan.

Dah settle bill semua, berbuka puasa dengan kawan baik aku dan juga encik boyfriend di Air Putih. Aku teringin nak makan nasi putih dengan tomyam bagai. Teringin giler. Akhirnya kesampaian gak kemengidaman aku di bulan puasa ni. Hehe.


Ini lah wajah kedainya. Apa tah nama. Errr, aku lupa. Emmm. Sourthern Western Food. Eh, yeke? Apehal macam pelik je? Ahh, abaikan. Masa sampai baru pukul 6.30 petang. Rasa macam awal gila kan. Tempat pun banyak lagi yang masih kosong, tapi dah ada orang booking. Hoho.



Inilah wajah juadah berbuka puasa kami. Yummy, sedap wehhhh. Ambil yang set punya terus. Set yang berharga RM55 ringgit. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Kira berpuas hati lah. Nasi putih 4 set, tomyam, ikan siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan juga sotong celup tepung. Sorry, gambar camera handphone murahan je. Tu yang macam parkinson sket. Hua hua hua. Thanks encik boyfriend sebab belanja.

Lepas dah kenyang, pergi usha baju raya semula yang aku dengan encik boyfriend dah usha sebelum berbuka puasa. Susah tanya pendapat lelaki ni, so aku decide bawak kawan baik aku ni skali tunjuk depan dea samada cantik ke tak. Baru lah beli. Hehe. Thanks lagi sekali encik boyfriend sebab belanja baju raya. Awwww awwww.

Keesokkan paginya pulak, pergi sesi photoshoot sekali lagi bersama kawan baik. Hoho. Bulan bulan puasa ni pun sempat lagi berphotoshoot kan. Ish ish.


Awww awww. Aku dah malas nak taip pepanjang lagi. Waktu berbuka pun dah nak dekat. Minggu depan balek kampung lagi. Yes, tak sabar plak nak raya. Selamat berbuka! Babai.


Thursday, July 28, 2011

Assignment banyak & Saman & Dah nak puasa dah



Hello bloggers. Happy Friday.

Aku bangun awal harini. Gara gara nak siapkan kelima lima asignment yang semuanya nak kena hantar minggu depan. Dalam masa seminggu kena siapkan kelima limanya. Ok. Mati. Sebab aku tak pernah rasa kena siapkan asignment kesemuanya dalam masa seminggu. Gila. Sumpah gila. Satu asginment dengan presentationnya dan juga pamphlet. Takpe, selagi mampu, aku siapkan. Lagi pun tak semuanya kena individu. Tapi, nak cari bahan terlalu susah.

Susah bila kena guna bahasa engineering ni. Asal guna google translate je lain pulak maksudnye. Susah bebenor nak carik bahan in english. Bila dah jumpa tak complete plak. Oh ya, kepada semu pemenang contest tayang gigi, rasanya semua pemenangnya dah terima hadiahnya kan? Hopefully korang semua berpuas hati dengan shawl yang diberi. Maaf atas kelewatan ye.
Minggu lepas, aku kena saman. Fuh, bengang. Kena saman sebab seluar dan katanya pakaian tidak kemas. Ok. Bengang lagi sekali. Harini baru aku dapat melepaskan rasa kegeraman. Apa lah depa tu nak buat dengan duit saman tu? Sorang student kena RM20. Kalau sepuluh orang? Dua puluh orang? Tak ke kaya? Ciss. Dah tu, sekali tunggu dekat pintu masuk utama. Masa student tengah sibuk keluar masuk, waktu rehat, waktu nak balik rumah, waktu nak pergi kelas. Memang pandai lah depa ni kan. Aku pun salah satu jadi mangsanya.


Dia bagi masa 14 hari untuk bayar saman ni. Sekarang dah hari ke berapa tah. Malas aku nak g bayar. Tunggu lah minggu depan. Kalau aku rasa aku dah berpakaian cukup kemas dan bersopan nanti baru aku pergi. Entah nak sopan macam mana lagi pun taktau lah kan.


Pakai macam atas ni pun dikira tak bersopan dan tak kemas ke? Haruskah pakai baju bengkel kat luar yang dah tebal dan berkolar memakain baju kolar lagi kat dalam bagi kaum perempuan? Gila tak logic. Bengang lagi. Tunggu aku bukak baju semua nanti baru lah patut depa ni saman lepas tu cakap sebab aku tak berpakaian sopan.

Tapi takpe, minggu ni aku buat dunno je pegy pakai macam ni. Aku manada seluar poket tak tampal dah nak pakai. Mana ada seluar slack dah. Lagi pun aku akan rasa pelik bila aku pakai seluar slack yang kembang and macam lebar bagi aku yang tak cukup ketinggian ni. Errr errr. Kalaulah duit RM20 tu dea cakap 'sila lah beli seluar baru' takpe gak. Ni dah kena saman RM20, pastu nak beli plak seluar lagi. Manyak duit apak ang? Haha.


Okey, comel tak kasut aku? Hahaha. Takde motif. Pinky tu mesti ada okey. Nak cari pattern yang aku berkenan dengan full pinky memang susah. Ekeke.

Oh ya, minggu depan bermula lah bulan Ramadhan kan. Aku rasa aku puasa kat sini je lah kot sampai cuti hari raya. Hoho. Nak buat macam mane, duduk jauh di rantauan orang lah katakan. Kena berdikari sikitlah puasa tahun ni, sebab semuanya sendiri. Nak kena jimat duit belanja, tak boleh balik selalu. Sebelum ni aku tak pernah merasa puasa macam ni. Heeee. Alhamdulillah, puasa ganti dah abes aku selesaikan kat sini.

Macam mana lah aku nak pergi kelas akan datang ye dengan jalan kaki, panas panas? Hopefully semuanya mampulah aku laluinya kan. Kalau puasa yang ganti haritu aku mampu buat, takkan lah yang wajib ni tak mampu pulak kan? Tapi, bila kena buat kerja macam ni


kat bawah panas lagi, selama 3 jam memang penat dan dahaga kalau bulan puasa ni. Agak agak bulan puasa pun ada buat jugak ke macam ni? Sebab katanya kena siapkan jugak buat natang ni. Fuh, memang tak larat la nak buat kalau macam ni.


Tengok dalam gambar macam mendung mendung je gitu kan. Tapi padahal masa ni panas okey. Walaupun tak berapa nak panas tapi dah berdiri selama 2 jam memang berpeluh la. Untungla sapa yang bengkel kat dalam je kan. Tak kena cahaya matahari, tak hitam. Haha.

Sapa sapa yang dekat dengan Politeknik Kota Bharu, maila datang jenguk aku kat sini. Aku sentiasa ada kat sini. Roger je kalau nak datang, dah tu jangan lupa bawak buah tangan ke, buah hati ke. Hahahahhaa. Hahahahhahaa.



Ok dah, takde modal dah nak hupdate blog semenjak beberapa menjak ni. Bila dah tak blogwalking idea tak mencurah curah. Idea aku akan mencurah curah bila blogwalking je. Tunggu lah aku cuti raya nanti ye bloggers. Ekeeke. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Wahh, awal aku wish kan. Heee. Ok bye.

Thursday, July 21, 2011

Perlukan sokongan




INI STICKY POST. SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY BARU YAAA :)

Assalamualaikum semua.

Harini nak buat quick update. nak mintak tolong jasa korang semua untuk vote aku. Boleh? Aku ada masuk satu contest ni. Mintak sangat korang vote aku untuk menang. Hadiah dea best. Kalau korang dah baca entry ni, sila lah vote aku. Jasa anda amat aku hargai ok? Hehe.

Gambar yang i pertaruhkan ialah ini




Mula mula, korang kena like fanpage ni dulu.

De' Wanie Scarf and Shawl's

Kemudian, sila lah vote picture saya dengan menekan button like yang telah pun di sediakan ok?

Vote klik sini ok? Hehe

Sudi sudikan lah diri korang vote aku. Tau tau? Hehe. Thanks a lot meluangkan masa :)
Babai.


Wednesday, July 20, 2011

Celebrate Birthday Girl Wuuuuuuuu




Assalamualaikum bloggers. Selamat petang.

Hari ni takde class langsung. Sepatutnya tiga kelas. Satu kelas memang dah cancel. So, dua kelas je la today. Dari pagi till tengahari. Tapi, bangun pagi, gosok baju semua, pergi kelas tanpa payung, jalan separuh jalan, hujan lebat. Ok, basah.

So, dah tak boleh nak buat apa, lari lari anak anak, cewahhh. Sampai class, tunggu sejam lecturer tak masuk. Ok, frustrated. Sementara nak tunggu class seterusnya, lepak kiosk, makan. Sejam jugak bro. Lepas tu, dapat text mengatakan kelas takde. Ok, frustrated lagi sekali. Kalau aku tau awal awal lagi aku tarik selimut kat rumah mimpi kawen dengan anak raja. Hua hua.

Rasanya dah lama aku tak update entry bergambar berjuta juta lemon. Cewah, lama la sangat kan. Beberapa hari lepas aku ada celebrate birthday roomate aku merangkap schoolmate aku masa zaman persekolahan dulu. Dulu, mana pernah sembang, sepatah dua kata pun susah nak keluar. Kalau selisih, just senyum kambing je. Kan Aida kan? Tak sangka terjumpa kat sini, and terus terjalin lah kasih sayang antara kita. Wakakaka.

Aku, bersama roomate aku, bersama classmate aku dan juga classmate Aida celebrate birthday dea kat luar beberapa hari lepas, kiteorang bagi dea makan telur, tepung, cake. Padan muka. Haha. Actually, aku, Umi, Ainil ngan Aida puasa. So, dah nak kenakan dea kiteorang decide la nak berbuka kat luar.


Elok sampai je kedai tu, terus azan maghrib berkumandang. Dengan berbekalkan air sejuk dari rumah, kiteorang berbuka. Sementara nak tunggu order sampai, kiteorang bergumbira bersama kamera. Syarat wajib tu. Haha.

Hey, this la birthday girlnya :)

Ida dan Umi

Ainil with me. Heeeeee.

Tak sampai 15 minit, order sampai. Seriusly laju gila okey. Terkejut berok. Biasanya aku tunggu order satu jam. Kah kah. Maybe sebab customer tak ramai kot. Sebab tu laju je.

Juadah berbuka puasa, kenyang minum air sampai nasi tak habis!

Yummyyyyyyyyy. Slurrrpppp.


Lepas dah berbuka, kiteorang gerak KB Mall. Main bowling. Heeeeeeeee. Ahhh, aku malas la nak story. Macam biasa, korang layan je lah gambar dulu okey? Har har har.

Suka gambar ni, tapi parkinson plak. Adoi.
Alya, Ainil, Aida, Ummi, Ida
Jom masuk bowling jom.
Me with Ainil again and again.

Awwwwwww awwwwwwwww

Sorry Aida, terbuat muka bekeng. Haha.
Bla bla bla. Orang belakang sibuk!

Lepas dah main bowling, terus gerak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) . Port nak kenakan si Aida ni. Wuuu. Mula mula buat buat ajak lepak je. Of course la dea taktau plan kiteorang kan. Haha.

Ummi, Atul, Ainil

Aida, Alya, Ida, Atul

Sempat lagi posing okey, haha.
Alya, Harry, Aida, Own

Aida with Anip
Bermula lah serangan tepung ke atas Aida. Tapi, dea masih tak sedar. Haha.
Aku nak gelak bila tengok gambar ni, hua hua.
Ini lah hasilnya selepas kena tepung dan telur.

Aida with Adi, sweet couple. HAHAHA. Sepul sibuk!
Dua cake lagi tuuuuuuuuuu, untung laaaaaa. Haha.
Cweet cangat, haha.

Cake ni tak sempat nak rasa habis Harry bagi jatuh, pakcik bongok!

Penat berlari je weh. Nak baling cake, tepung. Haha. Aku aku skali pun kena cake and tepung. Cisssss. Semua mangsa yang tak berdosa kena jugak.

Kah kah kah. Habis make up aku.

Ok, aku dah malas nak taip pepanjang lagi. Btw, happy belated birthday Aida and Anip. May god bless u guys okey. Jumpa lagi tahun depan. Hua hua. Eh, mintak mintakla birthday aku nanti cuti raya, kah kah kah kah. Thanks reading guys, babai.


Thursday, June 30, 2011

Sepetang semalam dan semalam sepetang




Assalamualaikum semua bloggers yang disayangi.

Semalam, aku pergi jog kat lake bersama dua ketul makhluk ini. Hua hua. Dah lama gila kot tak jog. Tetiba semalam pergi jog. Hunny la ajak. Mimpi apa la dea ni kan. Ang mimpi apa weh? Hua hua. So far, have fun laaaa babe. Nak kata jog banyak tak la sangat. Jalan je banyak, gelak je banyak. Haha. At least, berpeluh jugak kan? Ekeke. Apa kata layan je semua gambar kat bawah ni? Hehe. Biar gambar jelah yang menerangkan segalanya.

Ini lah dua ketul makhluk itu.
Aku tak faham apa yang aku sedang lakukan.
with aten
three of us
cantek tak kami? hua hua.

Selepas kami bergelak ketawa dan berjalan mengeluarkan peluh, terjumpa lah seorang mamat yang digilai oleh Hunny. Mari kita lihat. Hahaha.

Muka aku buruk, sebab tu aku conteng. Faham? Hahaha.

Sorry, tergedik sket. Haha.
Babai. Nak balik.

P/S : CONTEST TELAH DITUTUP. TERIMA KASIH SEMUA.