Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Raya semakin hampir, malam Lailatul-Qadar tiba





Assalamualaikum Bloggers. Selamat Malam.

Akhirnya, aku sampai ke Taiping malam kelmarin. Tapi, baru harini dapat update blog. Hihi. Alhamdulillah, selamat sampai. Aku balik dengan abang aku yang from Terengganu dan juga roomate aku. Perjalanan berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai-renyai sampai aku sejuk terketaq-ketaq dalam keta nuu. Eksiden dua tiga kali jugakla dapat tengok depan mata. Walaupun tak teruk mana, tapi ada jugak yang berdarah. Kesian. Aku hanya mampu lalu dan tengok je. Tak seronok kan bila nak raya ni terjadi eksiden. Haih. Ok, lupakan.

Sekarang, aku baru je balik dari berbuka puasa bersama encik boyfriend dan juga kawannya serta girldfriend mereka. Hehe. Finally, dapat jugak berbuka bersama dengan encik boyfriend walaupun cuma dalam sekali sebulan. Semalam jugak, buat pertama kalinya aku nak pergi terawih. Tekejut tak? Yeap. Kat sana aku memang tak berkesempatan nak pergi.

Tengok. Jujur tak status aku? Hoho. Bukan alasan taknak pergi. Tapi memang tak berkesempatan kat sana. Nak buat macam mana, nak pergi masjid jauh, takde transport. Nak jalan pun ambil masa. Nak buat kat rumah? Err, tak reti sangat. Hihi. Bohongla kalau aku tak teringin nak pergi terawih kat sana. Lagi-lagi dengan kawan, housemate, roomate sendiri kan.

Semalam jugak jatuhnya 27 Ramadhan. Jadi, maksudnya tibalah malam tadi jugakla antara tarikh jatuhnya Lailatul-Qadar. Lailatul Qadar ni merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih dari seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:

Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. " Rasulullah S.A.W


Malam Lailatul-Qadar juga sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :


1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul-qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Aku buat entry ni cuma nak share dengan korang dan untuk diri aku juga. Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk seluruh Umat dan Makhluk seluruh alam di dunia ni. Insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali. Cukuplah sampai di sini sahaja entry kali ni. Babai, Assalamualaikum.


Wednesday, August 10, 2011

Entry tak berapa nak pantas





Assalamualaikum, Selamat Siang Bloggers.

Aku rasa, ada yang tertanya tanya and salah faham dengan Wordless Wednesday aku minggu lepas. Hehe. Actually, gambar tu menunjukkan handphone yang aku guna pakai sekarang. Tapi, dea dah kioq. Kioq? Errr. Dengan erti kata lain dah barai. Errr, bukan bukan. Dah rosak. Hoho. Dah tak boleh on. Dah tak bole menyala. Dah tak boleh guna. Kenapa kenapa kenapa? Ini semua berlaku kerana jatuh ke dalam longkang di belakang rumah sewa aku ni. Wahahahaha.



Siapa yang biasa pakai Sony Ericsson ni, memang tahulah yang dea ni memang amat sensitiviti terhadap air. Bukan memang, tapi terlalu sensitif. Bulan empat lepas, baru je masuk setahun aku guna pakai handphone ni. tapi, dah tak rupa macam setahun. Keypad dah timbul. Masa aku mula mula beli, pakai tak sampai sehari keypad timbul. Konon ala ala gam dea tak kuat. Okey, lepas tu hantar warranty, tunggu seminggu, tapi tak sampai beberapa jam berlaku semula kejadian keypad timbul. Aku tak faham kenapa sehinggalah ke hari ini.

Sedangkan, aku tengok ada je sesetengah makhluk pakai handphone macam aku, tapi normal je. Kasihan kepada mereka yang bernasib malang macam aku. Tapi, seriusly phone ni memang best okey. Superb. Aku sayang gilerrr. Aku tengah tunggu encik boyfriend repair sekarang ni. Hehe.

Semalam, aku baru je menjejekkan kaki ke Kelantan. Fuhh. Balik cuti weekend. Tak sempat nak rehat sangat sebab hari hari ada plan. Ekeke. Gerak dari Kelantan-Taiping pun dah malam Jumaat. Sampai pagi Jumaat, jam 4 pagi. Diambil oleh sahabat baik aku dan encik boyfriend aku. Sahur bersama sama di Pelita sebab kawan baik aku sorang ni mengidam nak makan nasi kandar. Hooo. First time sahur nasi okey. Perghhhh. Terharu.

Lepas sahur, terus lepak rumah kawan baik aku ni. Sampai tengahari baru balik my sweet home. Then, terus teman my mum pergi settle kan bill semua sebab astro dah kena potong, streamyx pun. Haha. Bukan apa, kat rumah tu just tinggal berdua je, takde sapa pun nak guna kan. Bila anak anak balek je baru guna. Hoho. Bosan gila kalau dua benda ni takde kan.

Dah settle bill semua, berbuka puasa dengan kawan baik aku dan juga encik boyfriend di Air Putih. Aku teringin nak makan nasi putih dengan tomyam bagai. Teringin giler. Akhirnya kesampaian gak kemengidaman aku di bulan puasa ni. Hehe.


Ini lah wajah kedainya. Apa tah nama. Errr, aku lupa. Emmm. Sourthern Western Food. Eh, yeke? Apehal macam pelik je? Ahh, abaikan. Masa sampai baru pukul 6.30 petang. Rasa macam awal gila kan. Tempat pun banyak lagi yang masih kosong, tapi dah ada orang booking. Hoho.



Inilah wajah juadah berbuka puasa kami. Yummy, sedap wehhhh. Ambil yang set punya terus. Set yang berharga RM55 ringgit. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Kira berpuas hati lah. Nasi putih 4 set, tomyam, ikan siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan juga sotong celup tepung. Sorry, gambar camera handphone murahan je. Tu yang macam parkinson sket. Hua hua hua. Thanks encik boyfriend sebab belanja.

Lepas dah kenyang, pergi usha baju raya semula yang aku dengan encik boyfriend dah usha sebelum berbuka puasa. Susah tanya pendapat lelaki ni, so aku decide bawak kawan baik aku ni skali tunjuk depan dea samada cantik ke tak. Baru lah beli. Hehe. Thanks lagi sekali encik boyfriend sebab belanja baju raya. Awwww awwww.

Keesokkan paginya pulak, pergi sesi photoshoot sekali lagi bersama kawan baik. Hoho. Bulan bulan puasa ni pun sempat lagi berphotoshoot kan. Ish ish.


Awww awww. Aku dah malas nak taip pepanjang lagi. Waktu berbuka pun dah nak dekat. Minggu depan balek kampung lagi. Yes, tak sabar plak nak raya. Selamat berbuka! Babai.


Sunday, August 07, 2011

Sakit mata tengok blogshop online




Assalamualaikum. Selamat malam.

Aku sedang menghitung hari nak pulang ke Taiping. Yabedabedu. Tak sabar rasanya. Lagi tiga hari. Still counting. Tiket dah beli awal seminggu. Tapi masih dapat seat belakang. Aku suka. Gila ramai nak balik kan. Selalunya kalau aku beli tiket awal seminggu mesti depan seat first punya. Biasalah, masing masing nak merasa balik berbuka and bersahur dengan family sempena bulan Ramadhan ni, termasuklah aku.

Harini, semua umat Islam dah seminggu berpuasa. Harini jugak, dah ada budak budak area rumah aku ni main mercun kebabom bom bertubi tubi tanpa henti sampai naik lemah jantung aku gara gara terperanjat beruk. Eksited betul depa ni main kan. Termasuklah roomate aku. Haha. Mentang mentanglah kat Kelantan ni senang didapati and berpatutan harga mercunnya kan.

Bila dah nak raya ni, semestinya semua kaum Hawa akan memikirkan baju raya, dan tema baju raya bagi tahun ni. Rasanya kaum Adam tak berapa nak kesah kot pasal baju raya ni kan? Hoho. So, macam biasa aku ni suka usha blogshop online. Cuci mata lah katakan. Tak dapat window shopping, window blog pun jadilah. Kah kah. Bila dah usha usha blogshop ni, mula la mata jadi juling. Ini nak, itu nak. Ini cantik, itu cantik. Semua nak. Rasa macam nak beli semua. Ok, tamak. Sorry.

Yes, aku tak suka. Tak suka bila blogshop online jual stuff dyeorang yang hot hot lagi cun melecun tu. Rasa sakit hati, sakit mata. Geram tau tak? Grrrr. Kalau boleh, rasa macam nak beli semua. Nak beli skali tuan tuan dea. Errr, tipu. Aku berkenan gila satu baju atau lebih dikenali sebagai jubah errr err atau khaftan maybe? Aku cadang tahun ni nak pakai raya begitu. Awww aww. Teringin giler kot. Asyik pakai baju kurung je kan. Rasa nak try plak pakai baju ala ala jubah ni.



Okey, cun tak ni? Seriusly berkenan giler dengan yang ni. Cantik colournya. Ada pinky pinky gituu. Awww awww. Harga jangan cakaplah. Memang mahal bagi aku yang bergelar student ni. Rasa macam tak mampu. Sobbs. Tapi sumpah berkenan giler kot. Haihh. Rasa macam nak je suruh encik boyfriend belikan. Hmm. Takpelah. Simpan je lah angan angan tu. Insyallah ada duit lebih, boleh lah beli. Atau, korang nak bagi free kat aku? Hahaha. Ok, angan angan lagi sekali.







Tak dinafikan lagi memang semuanya cantik cantik kan. Tak sabar rasanya nak raya. Tapi, puasa tak habis lagi lah. Oppsss. Hoho. Eh eh, terasa rindu plak zaman persekolahan dulu. Masa tu kad raya je yang dijadikan sebagai ucapan hari raya. Siap letak duit syiling satu sen lagi, kononnya duit raya lah katakan. Hua hua hua. Lepas tu, ada music rayaaa. Whoaaa, best kan masa tu.

Sekarang, aku rasa dah takde dah kot macam tu. Jarang jarang ada. Semua dah guna khidmat pesanan ringkas je sebagai ucapan hari raya. Kan kan kan. Okeyla, cukuplah entry untuk harini. Mengantok rasanya. Esok ada kelas pagi. Tdoqqq duluu naaaaaaa. Selamat malam semua.

P/S : Sedang menangis di dalam hati. Berilah aku kekuatan Ya Allah.


Saturday, August 06, 2011

Ramadhan Bulan Rahmat





Assalamualaikum bloggers semua.



Tahun ni, adalah tahun pertama aku berpuasa jauh dari parents aku, family aku. Ya. Ini adalah pengalaman pertama berpuasa tanpa mereka. Hari pertama puasa, cuma bersahurkan biskut kering dan secawan air milo je. Selalunya, menu utama sahur kalau kat kampung ialah nasi putih. Sebab nasi ni lah yang memberi aku tenaga sampai masa berbuka nanti. Ehem.

Tapi, bila puasa kat sini, tu jelah rasanya menu bersahur aku. Nak masak, dah tentu tentu tak rajin. Takkan aku nak masak sorang sorang tanpa bantuan oran lain plak kan. Manalah aku mampu. Warga dalam rumah ni pun masing masing malas nak memasak. Kena tunggu weekend lah baru rajin nak masaknya. Hoho.

Alhamdulilah, hari pertama puasa aku dapat bertahan. Dan juga hari seterusnya. Sampai ke hari ini, walaupun kadang kadang tak bersahur. Nak buat macam mana kan. Alarm bunyi tak sedar.

Kalau kat rumah, ada orang kejutkan sampai bangun. Bangun je makanan dah siap sedia di depan mata. Hoho. Kat sini, kalau sorang tak sedar, pakat semua lah tak sedar. Kalau sorang tak bersahur, pakat semua lah tak bersahur. Ekeke.

Sampai ke harini, juadah berbuka aku belum lagi buatan tangan sendiri. Asyik buatan orang lain je. Buatan kedai. Buatan makcik yang kat bazaar ramadhan tu.


pinjam gambar ye tuan blog

Agak agak bila lah buatan tangan aku ye? Lalala. Bulan Ramadhan ni sebenarnya banyak kelebihannya kan. Rugilah kalau tak menghargai masa bulan Ramadhan ni. Semua orang tahu yang bulan Ramadhan ni adalah bulan pengampunan dan bulan pembebasan dari api neraka. Mudah mudahan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya lah kan. Antara kelebihan bulan Ramadhan :

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Banyak sungguh kelebihannya kan? Aku pun masih merangkak rangkak lagi nak buat amal dalam bulan mulia ni. Alhamdulillah, aku dah buat apa yang aku tak pernah buat dalam bulan Ramadhan sebelum sebelum ni. Apa apa pun, tak lambat lagi untuk aku wish kan? Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ya semuaaaaaaaaa.