Sunday, August 07, 2011

Sakit mata tengok blogshop online




Assalamualaikum. Selamat malam.

Aku sedang menghitung hari nak pulang ke Taiping. Yabedabedu. Tak sabar rasanya. Lagi tiga hari. Still counting. Tiket dah beli awal seminggu. Tapi masih dapat seat belakang. Aku suka. Gila ramai nak balik kan. Selalunya kalau aku beli tiket awal seminggu mesti depan seat first punya. Biasalah, masing masing nak merasa balik berbuka and bersahur dengan family sempena bulan Ramadhan ni, termasuklah aku.

Harini, semua umat Islam dah seminggu berpuasa. Harini jugak, dah ada budak budak area rumah aku ni main mercun kebabom bom bertubi tubi tanpa henti sampai naik lemah jantung aku gara gara terperanjat beruk. Eksited betul depa ni main kan. Termasuklah roomate aku. Haha. Mentang mentanglah kat Kelantan ni senang didapati and berpatutan harga mercunnya kan.

Bila dah nak raya ni, semestinya semua kaum Hawa akan memikirkan baju raya, dan tema baju raya bagi tahun ni. Rasanya kaum Adam tak berapa nak kesah kot pasal baju raya ni kan? Hoho. So, macam biasa aku ni suka usha blogshop online. Cuci mata lah katakan. Tak dapat window shopping, window blog pun jadilah. Kah kah. Bila dah usha usha blogshop ni, mula la mata jadi juling. Ini nak, itu nak. Ini cantik, itu cantik. Semua nak. Rasa macam nak beli semua. Ok, tamak. Sorry.

Yes, aku tak suka. Tak suka bila blogshop online jual stuff dyeorang yang hot hot lagi cun melecun tu. Rasa sakit hati, sakit mata. Geram tau tak? Grrrr. Kalau boleh, rasa macam nak beli semua. Nak beli skali tuan tuan dea. Errr, tipu. Aku berkenan gila satu baju atau lebih dikenali sebagai jubah errr err atau khaftan maybe? Aku cadang tahun ni nak pakai raya begitu. Awww aww. Teringin giler kot. Asyik pakai baju kurung je kan. Rasa nak try plak pakai baju ala ala jubah ni.



Okey, cun tak ni? Seriusly berkenan giler dengan yang ni. Cantik colournya. Ada pinky pinky gituu. Awww awww. Harga jangan cakaplah. Memang mahal bagi aku yang bergelar student ni. Rasa macam tak mampu. Sobbs. Tapi sumpah berkenan giler kot. Haihh. Rasa macam nak je suruh encik boyfriend belikan. Hmm. Takpelah. Simpan je lah angan angan tu. Insyallah ada duit lebih, boleh lah beli. Atau, korang nak bagi free kat aku? Hahaha. Ok, angan angan lagi sekali.







Tak dinafikan lagi memang semuanya cantik cantik kan. Tak sabar rasanya nak raya. Tapi, puasa tak habis lagi lah. Oppsss. Hoho. Eh eh, terasa rindu plak zaman persekolahan dulu. Masa tu kad raya je yang dijadikan sebagai ucapan hari raya. Siap letak duit syiling satu sen lagi, kononnya duit raya lah katakan. Hua hua hua. Lepas tu, ada music rayaaa. Whoaaa, best kan masa tu.

Sekarang, aku rasa dah takde dah kot macam tu. Jarang jarang ada. Semua dah guna khidmat pesanan ringkas je sebagai ucapan hari raya. Kan kan kan. Okeyla, cukuplah entry untuk harini. Mengantok rasanya. Esok ada kelas pagi. Tdoqqq duluu naaaaaaa. Selamat malam semua.

P/S : Sedang menangis di dalam hati. Berilah aku kekuatan Ya Allah.


6 comments:

  1. sedang menangis dlm hati ke cik alya ?
    kenapa ??

    ReplyDelete
  2. sokong u...i pun dok download gmbar jubah2 ni nak tunjuk kat my sis...hehehhh n0 1 yg trcntik...:)

    ReplyDelete
  3. Mesti harganya secantik rupa baju² tu kan...
    So far tak pernah beli baju on9 lagi, pernah terfikir tapi takut saiz tak ngam, kang baju dapat kat anak sedare.. hehe



    Semoga DIA kuatkan hati hamba-Nya.. ;)

    ReplyDelete
  4. mashaAllah gojesnya baju2 tu

    ReplyDelete