Tuesday, June 15, 2010

About Me


Minachi Punya Belog



Hello Bloggers. Assalammualaikum awok awok yang kiut.

Jom kita mulakan sessi berkenalan dengan tuan empunya belog yang kiut miut ni (bajet kiut lettew)

Alya, merupakan nama sebenar. Bukan nama timangan, bukan nama retis bukan nama binatang peliharaan.

Alya, gadis yang berumur sembilan belasan tahun tapi tingkah lakunya masih lagi kebudak budakan yang tak matang lagi tak cukup umur.

Alya, gadis berasal daripada Taiping, Perak. Tak pernah pindah ke mana mana negeri sampai la sekarang.

Alya, gadis yang mengambil jurusan Quantity Serveying di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Sesungguhnya beliau tidak suka duduk kat sana. Lalala.

Alya, seorang gadis yang sangat kelamzy. Suka buat kerja last minute, contohnya nak menyiapkan assignment. Beliau akan menjadi kelam kabut pabila semua kerja dilakukan last minute.

Alya, baru nak menjinak jinakkan diri dengan dunia belog yang semakin hari beliau rasa semakin best bila dapat kenal dengan blogger yang femes mahupun tidak femes.

Alya, gelaknya mengalahkan suara harimau bintang. Lebih garau dari insan bernama lelaki. Kawan kawan selalu meniru gaya gelaknya yang tak best tu.

Alya, suka dengan kucing parsian yang kiut miut. Kalau boleh dea nak jadi secomel kucing tu.

Alya, suka gilerr dengan pink semenjak perasaan tak suka pink menghapus.

Alya, hobinya suka menghabiskan masanya denngan blogwalking sejak akhir akhir ni sebab tengah cuti sem, so ambil kesempatan yang ada.

Alya, gadis yang hangout dan shopping bersama teman temannya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian tetap 1300-88-0868.

Sekian.


2 comments: