Showing posts with label HANGOUT. Show all posts
Showing posts with label HANGOUT. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort






Hello Semua Bloggers. Assalamualaikum.



Dengan rasminya harini aku nak bagitahu aku kini berada di rumah. Hihi. Rumah mana? Isk. Rumah mak aku la. Maksudnya, kampung aku. Jadi, aku balik bercuti. Cuti apa pulak kan. Padahal orang lain tengah sibuk nak final exam, tengah sibuk dengan tugasan semua, tapi aku boleh pulak bercuti di mana bukan hari bercuti. Pelik? Haha. Aku cuti a week okey. Sila la jeles, sila la.

Actually, tak semua kos and class cuti. Tapi, nak kata cuti tu macam tak syok sangatlah dengar. Cuti sendirilah kot. Err, entah. Kebanyakkan lecturer kos aku semuanya pergi buat soalan untuk final exam dengar cerita. Dengar cerita lah. Bila comfirmkan dengan semua lecturer memang banyak class takde. Tup tup, aku dapat tau takde class langsung. Pergh, memang melompat keriangan lah kan sampai tak sedar diri yang sebenarnya final exam dah nak dekat. Isk. teruk betul.


Eh eh.
Bila dah balik rumah memang dapat online sokmo.
Sebab tu rajin aku update entry dengan blogwakling.


Okey, sebenarnya bukan yang tu aku nak cerita. Baru-baru ni aku pergi ke 'Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort' bersama encik boyfriend. Seriously, encik boyfriend baru first time menjejakkan kaki ke dalam waterpark tu. Sebelum ni katanya, tak pernah pergi jejak kat dalam waterpark tu. Aku jadi speechless. Apakah? Haruskah orang Taiping tak pernah masuk dalam tu? Hihi. Agak speecheless di situ ye. Lagi katanya, dia seorang je yang tak berkesempatan lagi jejak kaki kat situ. Sebab apa aku tak tanya pulak. Hihi. Aku entah kali ke beperapa entah. Kali keempat? Err, kelima kot? Entah. Aku sendiri pun tak pasti.



Lepas je sampai, terus beli tiket. Tapi, kami cuma ambil yang harga untuk waterpark je. Harga bagi per person yang berumur 12 and above adalah RM27 ringgit. Agak berpatutan la jugak. Nak dijadikan cerita, sebelum mandi, barang-barang berharga termasuk baju semua mestila kena simpan dalam locker kan. Ada dua jenis locker. Locker kecik 1 token bersamaan RM2 ringgit. Locker kecik tu memang tak muat. So, aku decide ambil yang besar di mana 2 token yang berharga RM4 ringgit. So, takpela. Lepas je kunci, secara tiba-tiba encik boyfrind terlupa nak letak walletnya dalam tu. Ohh, damn. Dah rugi duit. Isk isk. Teruk.

Then, terpaksa la beli lagi 2 token sebab 2 token tu hanya untuk sekali bubuh. Kat celah mana pulak nak letak wallet tu kalau nak mandi kan. Takde siapa nak jaganye pun. Lepas je dah simpan semula, aku tanya lagi encik boyfriend



Aku : U sure dah takde apa apa dah nak buh?

Encik Boyfriend : Ye.

Aku : Pelampung nak amek tak?

Encik boyfriend : Nak buat apa? Tak payahla.

Aku : Nanti nak naik la. Err, emm. Yela, okey.



Lima belas minit kemudian..



Encik boyfriend : Jom kita amek pelampung nak tak? (selepas tengok orang ramai ada pelampung)

Aku : Huh? (rasa macam nak hentak kepala)

Encik boyfriend : Nak tak?

Aku : Tula, tadi i dah tanya u taknak. Belagak, kan dah teringin. Kalau amek pelampung tadi kan senang boleh naik macam-macam. Tengok, kan dah rugi. Membazir dah duit nak beli token untuk locker tu lagi!

Encik Boyfriend : hehe sengih macam kerang busuk.



Dialog digubah untuk lebih menarik. Hihi. Gila panas kan. Membazair je encik boyfriend ni, nakal betul. And then, we got the tube. Ohh, lupa pulak nak bagitahu serba sedikit info yang tentang waterpark ni.
Waterpark ni seluas 11 ekar dan merupakan terbesar di negeri Utara Semenanjung Malaysia. Ada 14 tarikan iaitu Boomerang, Giant Wet Bubble, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Body Slides, Giant Tube Rides, Activity Pool, Lazy River, Perak Mining Company, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar, ‘Mandi Timba’ dan Waterfall Bridge. Cukup banyak tak? Hihi.

Lepas je dapat pelampung tadi i terus ajak encik boyfriend naik binatang yang bernama Giant Tube Rides. Sangat Cool okey. Skali ada bongol bongol dekat gelongsor tu. Hahaha. Tapi kteorang cuma naik dua kali je. Hoho.



Natang ni la Giant Tube Rides. Dua orang togehther-gether. Dia ada 2 tingkat.
Ahh, aku taktau nak explain macam mana. Hoho.



Ni namanya boomerang. Pergh, kinda scary okey. Macam nak tercabut jantung
aku masa dari atas. dulu pernah naik, memang best okey. Fuhhhhhh.



Aku teringin nak naik natang ni. Tapi encik boyfriend taknak.
Grr, bosan betul. Penakut ke woi? Hihi.

Seriusly, bagi aku boleh tahan la ke-best-tannya. Insyallah tak rugi kalau korang datang sini bagi yang tak pernah datang. Ajakla family holiday kat sini bila school holiday nanti kan. Hihi. Tunggu la entry aku akan datang, aku akan ceritakan lebih lanjut pasal Laketown Resort ni. Cukupla sampai sini je entry aku kali ni. Terasa macam dah panjang berjelar. Nanti takde pulak orang sudi nak baca. Sedih tau tak. Hee, okey bai.


Wednesday, August 10, 2011

Entry tak berapa nak pantas





Assalamualaikum, Selamat Siang Bloggers.

Aku rasa, ada yang tertanya tanya and salah faham dengan Wordless Wednesday aku minggu lepas. Hehe. Actually, gambar tu menunjukkan handphone yang aku guna pakai sekarang. Tapi, dea dah kioq. Kioq? Errr. Dengan erti kata lain dah barai. Errr, bukan bukan. Dah rosak. Hoho. Dah tak boleh on. Dah tak bole menyala. Dah tak boleh guna. Kenapa kenapa kenapa? Ini semua berlaku kerana jatuh ke dalam longkang di belakang rumah sewa aku ni. Wahahahaha.



Siapa yang biasa pakai Sony Ericsson ni, memang tahulah yang dea ni memang amat sensitiviti terhadap air. Bukan memang, tapi terlalu sensitif. Bulan empat lepas, baru je masuk setahun aku guna pakai handphone ni. tapi, dah tak rupa macam setahun. Keypad dah timbul. Masa aku mula mula beli, pakai tak sampai sehari keypad timbul. Konon ala ala gam dea tak kuat. Okey, lepas tu hantar warranty, tunggu seminggu, tapi tak sampai beberapa jam berlaku semula kejadian keypad timbul. Aku tak faham kenapa sehinggalah ke hari ini.

Sedangkan, aku tengok ada je sesetengah makhluk pakai handphone macam aku, tapi normal je. Kasihan kepada mereka yang bernasib malang macam aku. Tapi, seriusly phone ni memang best okey. Superb. Aku sayang gilerrr. Aku tengah tunggu encik boyfriend repair sekarang ni. Hehe.

Semalam, aku baru je menjejekkan kaki ke Kelantan. Fuhh. Balik cuti weekend. Tak sempat nak rehat sangat sebab hari hari ada plan. Ekeke. Gerak dari Kelantan-Taiping pun dah malam Jumaat. Sampai pagi Jumaat, jam 4 pagi. Diambil oleh sahabat baik aku dan encik boyfriend aku. Sahur bersama sama di Pelita sebab kawan baik aku sorang ni mengidam nak makan nasi kandar. Hooo. First time sahur nasi okey. Perghhhh. Terharu.

Lepas sahur, terus lepak rumah kawan baik aku ni. Sampai tengahari baru balik my sweet home. Then, terus teman my mum pergi settle kan bill semua sebab astro dah kena potong, streamyx pun. Haha. Bukan apa, kat rumah tu just tinggal berdua je, takde sapa pun nak guna kan. Bila anak anak balek je baru guna. Hoho. Bosan gila kalau dua benda ni takde kan.

Dah settle bill semua, berbuka puasa dengan kawan baik aku dan juga encik boyfriend di Air Putih. Aku teringin nak makan nasi putih dengan tomyam bagai. Teringin giler. Akhirnya kesampaian gak kemengidaman aku di bulan puasa ni. Hehe.


Ini lah wajah kedainya. Apa tah nama. Errr, aku lupa. Emmm. Sourthern Western Food. Eh, yeke? Apehal macam pelik je? Ahh, abaikan. Masa sampai baru pukul 6.30 petang. Rasa macam awal gila kan. Tempat pun banyak lagi yang masih kosong, tapi dah ada orang booking. Hoho.



Inilah wajah juadah berbuka puasa kami. Yummy, sedap wehhhh. Ambil yang set punya terus. Set yang berharga RM55 ringgit. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Kira berpuas hati lah. Nasi putih 4 set, tomyam, ikan siakap 3 rasa, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan juga sotong celup tepung. Sorry, gambar camera handphone murahan je. Tu yang macam parkinson sket. Hua hua hua. Thanks encik boyfriend sebab belanja.

Lepas dah kenyang, pergi usha baju raya semula yang aku dengan encik boyfriend dah usha sebelum berbuka puasa. Susah tanya pendapat lelaki ni, so aku decide bawak kawan baik aku ni skali tunjuk depan dea samada cantik ke tak. Baru lah beli. Hehe. Thanks lagi sekali encik boyfriend sebab belanja baju raya. Awwww awwww.

Keesokkan paginya pulak, pergi sesi photoshoot sekali lagi bersama kawan baik. Hoho. Bulan bulan puasa ni pun sempat lagi berphotoshoot kan. Ish ish.


Awww awww. Aku dah malas nak taip pepanjang lagi. Waktu berbuka pun dah nak dekat. Minggu depan balek kampung lagi. Yes, tak sabar plak nak raya. Selamat berbuka! Babai.


Tuesday, April 12, 2011

Merendek Buat Kali Terakhir






Hello Bloggers. Selamat Malam.

Yeahh, Perak menang lawan dengan Kelantan tadi (4-0) babe. Rasa mcm serba salah gilaaa derrr. Nak sokong Perak ke Kelantan? Perak ke Kelantan? Har har har. Tetibe rasa terbangga jadi rakyat Peghok u all. Hehe. Taniah, tahniah. Hehe.

Hey, today i dah ada kat Kota Bharu. Tak lama lagi bermula lah final exam. Bedebar rasanya. Cewah. Har har har. Rasa sekejap sgt dah nak habis 1 semester. Before balik KB haritu, i hangout with my fiefieq. And, kat mana mana pun my boyfie mesti ada jugak. Kah kah. Dia tu mmg penyibuk. Kan kan? Har har. Dapat meet sekejap jeh dengan fiefieq neyh. Sebab petang tu dia ade hal babe. Aduh. Baru ingat nak ajak ang lepak lake garden wahai fiefieq oii. Firstly, we all pegy lepak A&W. Minachi neyh la teringin plak nak try ape kejadahnye. I tak suka A&W. Sumpah. Sumpah tak sedap. Heh. Rasa menyesal tau tau. Sebab kalau makan Mcd pun sedap tau. Puas lagi tu.


ini je yang paling sedap, yg lain tak okey, heh.

Hahh, ini tak sedap. Jangan sesekali cuba kalau tanak muntak darah! Har har.

Okey, kita lupakan. Lepas makan makan lepak lepak, gosip gosip semua, jalan jalan lah. Opss, ape yang penting korang kena tau yg si fiefieq neyh parkinson u all. Sumpah. Tak tipu. Cuba tengok ni. Memang terserlah keparkinsonan beliau ye tawan tawan.

Shake kan? Kantoi disitu.

Semua gambar yg dea captured semuanye shake. Apedaa. Memang sah parkinson dea nih. Tak faham betul i. Semua gambar cun cun tak dapat disertakan di sini sebab semuanye shake! Gambar yg tak shake nih je yag dicaptured oleh alyaclumsy. Kah kah kah.

nih lagi satu. tapi, kurangla sket shakenye dari tadi kan kan. haha.

Tak lama lepas tu. I lepak pulak pelita. Makan. Hah? Makan lagi? Hahaha. Padahal baru je lepas tapau A&W enn enn. Yela, gara-gara tak sedap, sbb tulah tak habes, and lapa lagi *adoidoidoi Tiba-tiba, deringan telefon berbunyi.

Minachi : Weyy alya, ko ade mane?

Alya : Errr, ade kat luar. Kenapa?

Minachi : Lol, yeke? Aku ade kat depan uma ko daaaa.

Alya : Gelak terguling-guling. Har har. Aku kat pelita weyh. Buatpe dtg uma aku? Haha.

Minachi : Baru ingat nk jumpe ko. Tak tau plak ko keluar.

Alya : Tula, padan muka. Sape suh nk dtg tanak bgtau. Kan kan.

Minachi : Hehe. Takpela, aku dtg kat ko skrang k.

Panggilan dimatikan. Har har. Padan muka ang, konon nk buat surprise la eh nk dtg umah aku senyap senyap ye? Skali aku tadeee. Kan dah tak jd surprise dah. Hehe. Selepas beberapa minit. Tibala beliau. Lama jugak i tak meet minachi neyh. Nk sembang pun dah rasa kekok sket. Kenapa? Entahla, heheh. Tapi takpe, cuba utk merapatkan silaturrahim semula.

Fiefy, Alya, Minachi

Sebenarnye entry kali neyh takde motif. Serius takde motif. Tahap kebosanan yang melampau, teringin jugak nak hupdate belog. Ahh, takde motif pun, pedulik hape i. Nak hupdate jugakkkk weyyyyyyyyyyyyyyyy!

nganga luas lagi weh, har har.

Okey, tamat suda entry hari ini. Sekarang, sudahlah masuk fardhu untuk meluangkan diri bersama buku . Bukan 'muka buku' ye. Heh. Bye Bye.

Nota Kaki : Abaikan si budak yang bermata besar yang tak cun lagi perasan cun tu. Harap maklum.