Monday, September 19, 2011

Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort






Hello Semua Bloggers. Assalamualaikum.



Dengan rasminya harini aku nak bagitahu aku kini berada di rumah. Hihi. Rumah mana? Isk. Rumah mak aku la. Maksudnya, kampung aku. Jadi, aku balik bercuti. Cuti apa pulak kan. Padahal orang lain tengah sibuk nak final exam, tengah sibuk dengan tugasan semua, tapi aku boleh pulak bercuti di mana bukan hari bercuti. Pelik? Haha. Aku cuti a week okey. Sila la jeles, sila la.

Actually, tak semua kos and class cuti. Tapi, nak kata cuti tu macam tak syok sangatlah dengar. Cuti sendirilah kot. Err, entah. Kebanyakkan lecturer kos aku semuanya pergi buat soalan untuk final exam dengar cerita. Dengar cerita lah. Bila comfirmkan dengan semua lecturer memang banyak class takde. Tup tup, aku dapat tau takde class langsung. Pergh, memang melompat keriangan lah kan sampai tak sedar diri yang sebenarnya final exam dah nak dekat. Isk. teruk betul.


Eh eh.
Bila dah balik rumah memang dapat online sokmo.
Sebab tu rajin aku update entry dengan blogwakling.


Okey, sebenarnya bukan yang tu aku nak cerita. Baru-baru ni aku pergi ke 'Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort' bersama encik boyfriend. Seriously, encik boyfriend baru first time menjejakkan kaki ke dalam waterpark tu. Sebelum ni katanya, tak pernah pergi jejak kat dalam waterpark tu. Aku jadi speechless. Apakah? Haruskah orang Taiping tak pernah masuk dalam tu? Hihi. Agak speecheless di situ ye. Lagi katanya, dia seorang je yang tak berkesempatan lagi jejak kaki kat situ. Sebab apa aku tak tanya pulak. Hihi. Aku entah kali ke beperapa entah. Kali keempat? Err, kelima kot? Entah. Aku sendiri pun tak pasti.



Lepas je sampai, terus beli tiket. Tapi, kami cuma ambil yang harga untuk waterpark je. Harga bagi per person yang berumur 12 and above adalah RM27 ringgit. Agak berpatutan la jugak. Nak dijadikan cerita, sebelum mandi, barang-barang berharga termasuk baju semua mestila kena simpan dalam locker kan. Ada dua jenis locker. Locker kecik 1 token bersamaan RM2 ringgit. Locker kecik tu memang tak muat. So, aku decide ambil yang besar di mana 2 token yang berharga RM4 ringgit. So, takpela. Lepas je kunci, secara tiba-tiba encik boyfrind terlupa nak letak walletnya dalam tu. Ohh, damn. Dah rugi duit. Isk isk. Teruk.

Then, terpaksa la beli lagi 2 token sebab 2 token tu hanya untuk sekali bubuh. Kat celah mana pulak nak letak wallet tu kalau nak mandi kan. Takde siapa nak jaganye pun. Lepas je dah simpan semula, aku tanya lagi encik boyfriend



Aku : U sure dah takde apa apa dah nak buh?

Encik Boyfriend : Ye.

Aku : Pelampung nak amek tak?

Encik boyfriend : Nak buat apa? Tak payahla.

Aku : Nanti nak naik la. Err, emm. Yela, okey.



Lima belas minit kemudian..



Encik boyfriend : Jom kita amek pelampung nak tak? (selepas tengok orang ramai ada pelampung)

Aku : Huh? (rasa macam nak hentak kepala)

Encik boyfriend : Nak tak?

Aku : Tula, tadi i dah tanya u taknak. Belagak, kan dah teringin. Kalau amek pelampung tadi kan senang boleh naik macam-macam. Tengok, kan dah rugi. Membazir dah duit nak beli token untuk locker tu lagi!

Encik Boyfriend : hehe sengih macam kerang busuk.



Dialog digubah untuk lebih menarik. Hihi. Gila panas kan. Membazair je encik boyfriend ni, nakal betul. And then, we got the tube. Ohh, lupa pulak nak bagitahu serba sedikit info yang tentang waterpark ni.
Waterpark ni seluas 11 ekar dan merupakan terbesar di negeri Utara Semenanjung Malaysia. Ada 14 tarikan iaitu Boomerang, Giant Wet Bubble, Sandy Beachfront Wave Pool, Water Speed Slides, Body Slides, Giant Tube Rides, Activity Pool, Lazy River, Perak Mining Company, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar, ‘Mandi Timba’ dan Waterfall Bridge. Cukup banyak tak? Hihi.

Lepas je dapat pelampung tadi i terus ajak encik boyfriend naik binatang yang bernama Giant Tube Rides. Sangat Cool okey. Skali ada bongol bongol dekat gelongsor tu. Hahaha. Tapi kteorang cuma naik dua kali je. Hoho.



Natang ni la Giant Tube Rides. Dua orang togehther-gether. Dia ada 2 tingkat.
Ahh, aku taktau nak explain macam mana. Hoho.



Ni namanya boomerang. Pergh, kinda scary okey. Macam nak tercabut jantung
aku masa dari atas. dulu pernah naik, memang best okey. Fuhhhhhh.



Aku teringin nak naik natang ni. Tapi encik boyfriend taknak.
Grr, bosan betul. Penakut ke woi? Hihi.

Seriusly, bagi aku boleh tahan la ke-best-tannya. Insyallah tak rugi kalau korang datang sini bagi yang tak pernah datang. Ajakla family holiday kat sini bila school holiday nanti kan. Hihi. Tunggu la entry aku akan datang, aku akan ceritakan lebih lanjut pasal Laketown Resort ni. Cukupla sampai sini je entry aku kali ni. Terasa macam dah panjang berjelar. Nanti takde pulak orang sudi nak baca. Sedih tau tak. Hee, okey bai.


9 comments:

  1. Wahh syoknye die date dengan mr.boyfriend. Jeles tauuu :P

    ReplyDelete
  2. @Eyra.jom kita date berdua pulak nnti, hihi

    ReplyDelete
  3. Fuhh.. Serius jeles tahap gaban lah!


    Aku memang teruja bab mandi-manda ni, dari dulu teringin nak masuk tempat macam ni tapi dulu tau sunway lagoon je la.. ;D

    ReplyDelete
  4. ishh alia dating dgn cik boyfrens tak hajak da ieqah..huhu

    ReplyDelete
  5. @YOUsoFhaha, aku penah mandi taman tema air ni jela pun, kihkih

    ReplyDelete
  6. @IEQAHi dah email u ajak, u yg tak reply, hihi

    ReplyDelete
  7. bukit merah memang best! jumpa orang utan tak? hehehe...

    ReplyDelete
  8. gilew best.. boyfie sy pon org taiping. sy org klntan..ntah bila la dapat pegi..hOhO...


    http://khayalan27.blogspot.com/

    ReplyDelete