Showing posts with label MASALAH DUNIA. Show all posts
Showing posts with label MASALAH DUNIA. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Macam roda




Assalamualaikum bloggers



Hidup ni macam roda
Kadang kadang, kat atas
Kadang kadang, kat bawah
Ayat tu selalu sangat kita dengar

Roda sentiasa berpusing
Hidup aku pun sentiasa berpusing
Sampai aku rasa pening
Sampai aku rasa putus asa

Aku perlukan seseorang
bagi semangat
bagi kekuatan

Kalau boleh, aku nak sentiasa ada kat atas
Taknak berada di bawah yang selalu kena tindas


Monday, July 25, 2011

Bermasalah



Assalamualaikum, hello bloggers.





Hidup ni makin mencabar.
Makin ramai yang dengki.
Makin ramai yang berdendam.

Buat baik salah.
Buat jahat pun salah juga.

Respect orang lain dulu.
Baru orang lain boleh respect kau.

Kalau kauorang buat aku sakit hati.
Aku buat hati kauorang lagi sakit.

Kauorang tak hingin kawan dengan aku?
Seribu kali aku tak hingin.

Kauorang taknak tolong aku?
Aku tak mati takde pertolongan kauorang.

Ingat kauorang je boleh ada geng?
Aku pun boleh ada geng.

Kauorang rasa seronok macam ni?
Ok, teruskan. Sikit aku tak kesah.

Nak sepakat macam mana kalau asyik nak berdendam?
Nak sejiwa macam mana kalau ada hasad dengki?
Nak bersatu macam mana kalau asyik nak berpuak puak?

Serius aku tak faham. Ok bai.

Saturday, July 02, 2011

Persoalan demi persoalan



Assalamualaikum semua bloggers.


Boleh ke aku macam selalu?
Boleh ke aku jadi macam dulu lagi?
Boleh ke aku friendly dengan semua orang lagi?
Boleh ke aku jadi lebih baik?
Boleh ke aku berjimat?
Boleh ke aku tinggikan pointer aku?
Boleh ke aku jadi lebih matured?
Boleh ke aku tak shopping lagi?
Boleh ke aku tak makeup lagi?
Boleh ke aku jujur lagi?
Boleh ke aku kurangkan panas baran?
Boleh ke aku buat semua aku nak lagi?
Boleh ke aku tak melepak lagi?
Boleh ke aku tak menangis lagi?
Boleh ke aku tak kuat tacink lagi?

Bolek ke? Boleh ke? Bole ke?



Friday, March 25, 2011

Gadis Bermasalah Nak Bunuh Diri


DETIK-DETIK mencemaskan ketika seorang gadis cuba terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu semalam.

Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.

Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.


“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.

“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.



Dipetik dari : Metro dan Kosmo