Thursday, September 29, 2011

Tudung sekadar bergaya atau tarik perhatian?






Hello Bloggers. Assalamualaikum.




Dah berhabuk rupanya blog aku ni. Biasalah, tak dapat nak online selalu sekarang. Alhamdulillah, blogshop aku yang baru ni berjalan lancar. Ecece, berjalan lancar yang tak tahan tu. Ayat macam mintak penampar. Hihi. Buat masa ni, aku jual stuff yang khas untuk kaum Hawa je. Tak mampu lagi nak jual stuff untuk kaum Adam lagi. Ada terniat, cuma aku tak reti nak menilai barang apa yang sesuai untuk lelaki, taste lelaki.


Ok, macam selalu tu cuma mukadimah aku. Hihi. Straight to the point. Sebenarnya dah lama aku nak buat entry ni. Yeap. Dari hari ke hari aku tengok, trend sekarang dah terlalu up-to-date. Mestilah kan. Siapa yang nak ketinggalan zaman. Lagi-lagi dunia sekarang semuanya dah maju. Semua nak ke depan. Sebenarnya entry harini aku bukan nak cerita pasal teknologi dunia.




Tapi...





Pasal isu bertudung. Aku tahu aku tak layak nak menilai orang lain. Sebab diri aku sendiri pun tak cukup sempurna. Siapa lah aku kan. Tapi, aku sebagai kaum Hawa jugak berasa sakit mata memandang bila tengok fesyen bertudung sekarang ni. Seriusly. Kadang-kadang bila tengok, tak terkata. Cuma mampu 'errrr' sambil garu-garu kepala.

Bukan nak kata aku ni sempurna dalam bertudung. Tapi, kalau boleh bertudung tu janganlah sekadar nak berfesyen dan menarik perhatian semata-mata. Tak salah kalau nak berfesyen dan nak up-to-date tapi biarlah berpada-pada kan. Bila tengok semula fesyen bertudung, kadang-kadang aku sendiri rasa pelik. Macam-macam persoalan kat dalam kepala aku ni. Tanda soal jangan cakaplah, banyak keluar kat atas kepala ni.




Tak rimas ke?
Tak panas ke?
Tak rasa pelik ke?
Tak berat kepala ke?
Tak rasa orang semua tengok dia ke?
Tak rasa jenuh ke nak pusing belakang?






Hahaha. Banyak lagi persoalan. Aku sebagai kaum Hawa pun kadang-kadang teringin juga nak cuba pakai tudung/shawl dengan macam-macam style. Tapi bila fikir balik, ahhh tak perlu lah semua tu. Biarla bersederhana je. Aku pun pakai shawl jugak hape, tapi aku cuma takdelah up-to-date sangat. Hihi. Masih kekal dengan fesyen shawl yang mula-mula femes dulu. Satu jenis shawl tu pun dah cukup untuk aku buat macam-macam style. Tadi, aku ada blogwalking, aku terjumpa satu entry yang memang bagus. Aku sendiri pun tersedar yang aku mungkin ada termasuk dalam salah satu senarai tersebut.


Fesyen tudung di pasaran Malaysia sekarang ni :


1 – Tudung Jarang


Ha, tudung ni merupakan tudung yang amat – amat popular sekarang ni. Ermm, tudung ni adik beradik selendang, shawl dan lain – lain lah. Memang si pemakai niat memakai tudung tu dah bagus, dah tutup semuanya tapi sayang juga, material kain tudung yang digunakan tu terlalu jarang sehingga tembus nampak didalam.

Pakai tudung apa kalau kain tudung tu jarang, boleh nampak tengkok yang mulus tu, lagi boleh nampak anting – anting ataupun subang yang dipakai. Tak tahan lagi, siap boleh nampak wooo warna rambut yang ditutup tu. Apa guna kalau bertudung macam tu?


2 – Tudung Mickey Mouse


Jenis tudung ni dipakai biasanya di rumah pada zaman dulu – dulu. Yelakan, ia hanya menutup kepala, rambut dan cuping telinga. Ermm, entahlah apa tujuan sebenarnya si pemakai memakai tudung macam tu. Ia sebenarnya tak boleh dianggap tudung sebab hanya memakai ‘anak tudung’ sahaja. Yang paling teruk, si pemakai melilit – lilit tudung disekitar tengkok. Amboi, dah la pakai tudung tu tutup rambut dan telinga je, bila kat tengok dia lilit – lilit je. Molek kah gitu?


3 – Tudung lilit


Kalau kita tengok dari konsep bertudung, tudung lilit ni memang dah tutup rambut, telinga dan tengkok. Ok la tu. Dah cun dah. Tapi, sayang seribu kali sayang. Tudung tersebut hanya menutup aurat rambut, telinga dan tengkok sahaja tanpa menutup bahagian dada.

Tau la orang perempuan ni hanya ada kelebihan didada tu, jangan bagi orang lelaki cemburu dengan apa yang wanita ada tu. Tak guna juga kalau bertudung tapi tak melabuhkan tudung tersebut dibahagian dada. Tak ada ‘point’ pahala disitu yerrr.


4 – Tudung Singlet


Ye, yang ni memang selalu kita nampak di shopping complex, pasar malam dan juga di taman perumahan. Istilah tudung singlet ni tak asing lagi sebab tudung tu dipakai dengan baju yang singkat dan pendek. Tak guna la kalau bertudung macam tu. Bikin semak kepala saja. Baik tak payah pakai.


5 – Tudung Saji


Sekejap ada, sekejap tak ada. Bagi aku la, tudung yang ni lebih baik daripada tak pakai sebab dia masih lagi terlintas nak pakai tudung walaupun pemakaian tu tak kerap. Kalau jenis ni kita asuh dan kita didik, insyaallah si pemakai akan terus pakai tudung tak buang – buang dah!


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka”



Sama-sama la berubah. Nak berubah memang makan masa yang lama. Mungkin bertahun-tahun. Tapi, buat tu biarlah ikhlas supaya dapat keredhaan Allah. Mudah-mudahan aku pun berubah suatu hari nanti supaya menjadi yang lebih baik dari sekarang. Amin.


7 comments:

  1. pakai tudung pape pon jnji menutup ape yg diharuskan n wajib tutup :)

    ReplyDelete
  2. pusing la macam mana pon..asalkan tutup..hehe

    ReplyDelete
  3. Pakai tudung sangat selesa sebenarnya :) Kalau tak pakai rasa lain macam sejuk je telinga ;D Haha

    ReplyDelete