Friday, August 26, 2011

Raya semakin hampir, malam Lailatul-Qadar tiba





Assalamualaikum Bloggers. Selamat Malam.

Akhirnya, aku sampai ke Taiping malam kelmarin. Tapi, baru harini dapat update blog. Hihi. Alhamdulillah, selamat sampai. Aku balik dengan abang aku yang from Terengganu dan juga roomate aku. Perjalanan berjalan dengan lancar walaupun hujan renyai-renyai sampai aku sejuk terketaq-ketaq dalam keta nuu. Eksiden dua tiga kali jugakla dapat tengok depan mata. Walaupun tak teruk mana, tapi ada jugak yang berdarah. Kesian. Aku hanya mampu lalu dan tengok je. Tak seronok kan bila nak raya ni terjadi eksiden. Haih. Ok, lupakan.

Sekarang, aku baru je balik dari berbuka puasa bersama encik boyfriend dan juga kawannya serta girldfriend mereka. Hehe. Finally, dapat jugak berbuka bersama dengan encik boyfriend walaupun cuma dalam sekali sebulan. Semalam jugak, buat pertama kalinya aku nak pergi terawih. Tekejut tak? Yeap. Kat sana aku memang tak berkesempatan nak pergi.

Tengok. Jujur tak status aku? Hoho. Bukan alasan taknak pergi. Tapi memang tak berkesempatan kat sana. Nak buat macam mana, nak pergi masjid jauh, takde transport. Nak jalan pun ambil masa. Nak buat kat rumah? Err, tak reti sangat. Hihi. Bohongla kalau aku tak teringin nak pergi terawih kat sana. Lagi-lagi dengan kawan, housemate, roomate sendiri kan.

Semalam jugak jatuhnya 27 Ramadhan. Jadi, maksudnya tibalah malam tadi jugakla antara tarikh jatuhnya Lailatul-Qadar. Lailatul Qadar ni merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih dari seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:

Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. " Rasulullah S.A.W


Malam Lailatul-Qadar juga sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :


1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul-qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Aku buat entry ni cuma nak share dengan korang dan untuk diri aku juga. Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk seluruh Umat dan Makhluk seluruh alam di dunia ni. Insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali. Cukuplah sampai di sini sahaja entry kali ni. Babai, Assalamualaikum.


1 comment:

  1. hehe kesian die xde rezeki nk p solat terawikh kt masjid..
    buat kt hostel je la ye .. huhu

    ReplyDelete