Tuesday, May 10, 2011

Day one : 10 things about you





Hello Bloggers. Mari kita mulakan main binatang ni.

10 things about me yeh? Before nih i memang tak pernah buat entry totally tentang i, so harini, dengan secara rasminya, mari kita mulakan sesi perkenalan kita. Ohh yeahhh!



PERTAMA :

Nama diberi ALIA AFIQAH *tak boleh buh nama penuh la* Sedap tak nama i? Sedap tak sedap tak? Kenapa Alya? Bukan Alia? Alaa, nak famous sikit pun tak boleh ke? Sama je bunyi dan maksud kan. Ejaan je yang lain. Hehe. Sekarang sudah berumur sembilan belasan tahun. Muda lagi la weh. Now currently study dekat Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Kelantan ye kawan kawan. Jauh tu i merantau kan. Kat sana i amek course Diploma Quantity Surveying. Doakan i berjaya jadi QS satu hari nanti :) Oh, lupa pulak. I berasal dari Taiping, Perak. Mempunyai enam adik beradik. Merupakan anak bongsu. Cewahhh. Tak manja okey, tak manja tak manja. Heh.

KEDUA :

Hey bloggers, ni part yang paling penting. I dah ada boyfriend tau. DAH ADA BOYFRIEND. I ulang sekali lagi, DAH ADA BOYFRIEND. So, sila jangan mengurat. HAHAHA. Perlu ke bagitau? Ahhh, pedulik apa. I sayang gila dekat Encik Boyfiee ni. Sayang gila la wa cakap lu. Lu orang tau tak i sayang gila kat dea? Kah kah kah. Doakan hubungan kami berkekalan sehingga ke jinjang pelamin ye kawan kawan. Mudah mudahan kami dapat lalui apa juga rintangan dalam mempertahankan hubungan kami ni, AMIN.

KETIGA :

Suka and obsesssssssi gila dengan kucing parsian even i takde bela kucing parsian. Hopefully, one day nanti ada orang yang nak bagi present kucing parsian tu kepada i. Cecece. *bagai menunggu bulan jatuh ke riba* I geli gelimat mat mat gila dengan cicak. Tak suka tak suka tak suka. Lembik sangat weh. Eeeewwww. Dahla kecik, geli sangat kot. Lintah pun. Dan juga binatang yang lembik lembik seangkatan dengannya. Hehe.

KEEMPAT :

Kuat tido. Kalau boleh tamau bangun dah sampai esok *tipu* I kalau tido mesti lebih 8 jam punya. Adoi. Lepas tu, malam mula la tak boleh tido. Orang dah beradu siap mimpi indah, i masih lagi sibuk online sana blogging sana, blogging sini. Okey, tu memang tabiat. Eh, bukan. Buang tebiat. Ceh.

KELIMA :

Sebenarnya kan, i ni hot temper sikit. Sikit jelah kan. Tapi jangan takut weh, i masih lagi boleh mengawal hot temper i ni. Jangan risau semuaaa sebab i ni sebenarnya masih baik hati okey. Hahahaha. *angkat bakul sendiri* Terima kasih kepada encik boyfie yang selalu jadi air, sebab dea selalu tempat i lupaskan kemarahan, kihkih.

KEENAM :

Saya gila shawl. Sumpah. Banyak gila shawl dalam wardrobe tu. Sampai ada yang beli tak pakai langsung. Kah kah. I beli untuk masa depan. Hehe. I lebih suka beli tudung/shawl dulu, then baru beli baju, lagi senang nak mix match kan. Kadang-kadang tudung/shawl susah nak dapat yg sepadan kalau kita beli baju dulu kan kan kan. Sekarang dah macam macam style pakai shawl. Suka suka suka. Hehe. Tapi kan, kesian tudung bawal dah dilupakan *memang tudung bawal tak banyak pun, kale hitam je ade.

KETUJUH :

Suka tengok perempuan yang cantik and kiut miut *tapi tak bermakna yg tak cantik tak suka. Suka jugak bila perempuan yang pandai berfesyen, dan juga kretif dlm bab mix and match ni. Kira boleh jadi idol untuk i berfesyenla, aiceycey.

KELAPAN :

Saya juga merupakan silence reader. Hehe. Kadang kadang tu, malas nak meninggalkan jejak, so jadi silent reader lah. Tahap malas i memang tinggi okey. Korang kena faham.

KESEMBILAN :

Suka bila ada orang offer hadiah free. So, bila sesiapa buat contest i mesti join*kalau tak ramai yg join* HAHA. Dah alang alang cerita pasal contest, nak mintak korang tolong vote i sekali untuk satu contest ni boleh?

tolonggla vote eh :)

like page ni
http://www.facebook.com/pages/saye-memang-suka-penuhkan-lemari-bajuhuuuu/123462701021843

then pic ini
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=205869699447809&set=a.202534979781281.51935.123462701021843&type=1&ref=notif&notif_t=photo_reply&theater

hehe, thanks sgt ye :)

Tolongla wahai kawan blogger, tolong sangat sangat. I nak menang ni, hadiah dea memang best gillerrrr la wa cakap lu. Heh.

KESEPULUH :

Kalau kat facebook, i ni pengelike tegar. Haha. Suka gila kalau bab like like picture/status orang. Motif? Malas nak komen, like jelah, haha. Okey, i memang pemalas. Tettttttttttt.

Dah habes membebel, ok bai :D Eh, jangan lupa drop comments, penat aku membebel weh, kesian tau takkk? Kalau kesian drop some comments eh? HAHA.




8 comments: