Hello Bloggers. Malam.
Pernah tak boyfriend korang atau kawan kawan lelaki korang menangis sebab perempuan? Jarang sekali nak tengok atau nampak atau lihat lelaki menangis kan? Yelah, tak macho lah kalau lelaki menangis, kan kan kan? Tapi, sekuat kuat, segagah gagah mana lelaki pun, akan jatuh jugak airmata mereka kerana perempuan yang dicintai. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Tapi, tak bermakna bila lelaki menangis bererti lelaki adalah lembut atau lemah.
Bila lelaki benar benar jatuh cinta dan setia pada perempuan dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Eh, yeke? Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Jom checkedout antara punca yang menyebabkan lelaki menangis dalam percintaan.
- Si lelaki dianggap tidak wujud oleh wanita kesayangannya.
- Si lelaki melihat wanita kesayangannya bermesraan, curang, berpelukan dengan lelaki lain.
- Si lelaki tidak dapat membahagiakan wanita yang di sayangi.
- Si lelaki mendapat tahu si wanita kesayangannya berpura-pura mencintai dia.
- Wanita yang disayanginya tidak mencintainyanya secara ikhlas dan sepenuh hati, tetapi sekadar menggunakannya.
- Si lelaki tidak dapat membantu wanita kesayangannya apabila wanita tersebut benar-benar mahukan pertolongan.
- Si lelaki berasa dipergunakan oleh wanita kesayangannya.
- Si lelaki melihat wanita kesayangannya sakit, bersedih dan menangis.
- Si lelaki merasakan wanita kesayangannya bukan miliknya tetapi untuk lelaki yang lebih baik sempurna darinya.
- Si lelaki ditinggalkan oleh wanita yang dicintainya.
Betul kot semua kat atas tu wahai lelaki? Hehe. Kaum hawa, jagala perasaan kaum Adam ye. Kaum Adam pun ye? Eh, jom menggatal dengan lagu ni jap. Tak saba la pulak edeen nak kawen, HAHAHHA.
sumpah sweet gilerrrrr babeng wehhhh. suka lagu nih bagai nak rakk.
Psssttt : encik boyfie i pernah menangis, so maknanya dia ikhlas la mencintai i eh?
Oh. tidak kusedari. Tp ini bukan air mata jantan sepenuhnya. amat sukar untuk melihat air mata jantan. ^^
ReplyDelete@Mr.Thinker@Alihaha, bercinta tak? hehe, mmg susah pun, hihi. satu hari nnty mesti keluar punyaaa :D
ReplyDeleteJay akui yg Jay pernah nangis kerana perempuan.kalau nak tau cerita tu cari kat entry Jay..
ReplyDeleteeit,mata sape tuh?:P
ReplyDeleteyup, maknanya dia sayang kan alya dengan ikhlas tu.. ;)
ReplyDeletewhat if dia nanges bila dia dah kantol ada perempuan lain? :)
ReplyDelete@alyaclumsy
ReplyDeleteBercinta tak? LOL. soalan cepumas ke apa ni? Hehehe. Jawapan: ya. ^^
Kalau air mata jantan sebenar keluar, itu moments paling prempuan patut bersyukur. seriously, air mata jantan sebenar pyh nk kuar. ^^
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete@Jayuntunglah perempuan tu kan, tp syg tak reti nk hargai, huhu
ReplyDelete@tieykahgoogle search je :P
ReplyDelete@jiahehe, rasa mcm bertuah gila :)
ReplyDelete@Lina Ongerr, mungkin ada sbb lain kot? jarang lelaki nk menipu dlm bab menangis ni rasanya, haih, taktau nk jwb mcm mana, hehe
ReplyDelete@Mr.Thinker@Alihehe, betul. sokong. untungla perempuan kalau ada lelaki yg benar2 cintakan dea kan :) tp silap kalau tak reti hargai :(
ReplyDelete