Wednesday, May 25, 2011

Dah tengok KARAK belum weh?





Hello Bloggers. Selamat Malam.

Tadi nak tengok movie KARAK. Faten la ajak join. So takpela. Ira dengan Ina pun ada. Korang kenal ke? Ehe. Takkan lah kenal pulak kan. Mula mula janji pukul 11. Pastu, ke pukul 12. Last last, pukul 1 baru sampai. Kuang kuang. Faten kata, biasala, perempuan, memang macam ni. Tujukan ayat kat Ira and Ina. Haha. I pun sengeh jela. I pun baru sampai jugak sebenarnya. Lalala. Movie ni KRU punya. Sudah semestinye lah boleh agak kebestnye, HAHA. Tengok sinopsis ni.

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Lepas tu, bila tengok kat schedulenya, KARAK pukul 1.30. Sekarang dah 1.30 lebih lebih dah. Kalau Pukul 3.30 tak sempat coz Faten, Ira and Ina ada join BBQ 4 Elemen petang tu. Dalam pukul 5. So, memang tak sempatla kalau nak tengok KARAK. So, dyeorang decide taknak tengok. So, i pun takpela. “Tak payahla tengok jugak, kita makan McD nak tak? Lagi best dari tengok movie, boleh jimat, HAHAHA” kata alya kepada hunny. So, Hunny pun mempersetujuinya.

I pergi chop tempat, Hunny pergi order. Then, terserempak plak ngan Abe, Faten, Ira and Ina semula. Siapa Abe? Tak payah la kenal. Tak famous kot. Haha. Lepas tu, lepak lepak sampai tunggu Hunny sampai. Sambil tu kteorang snap picture. Tapi, picture tu takde kat i la. Sob sob. Kena tunggu Ira bagi laa. Lalalala. Lepas Hunny sampai, dyeorang pun nak gerak blah.

Dah lama i tak makan McD weh. Seingat i sekali je masa dekat PKB dulu. Haha. I suka porridge McD. Sedappppp. I memang suka porridge, even tak demam, tau tak. I suka sangat sangat. Entahla kenapa. Kalau masak bubur sendiri kat umah, takde ayam, dengan ikan goreng tambah kicap pun dah sedap dahh. Aww aww. Terliur la plakk. Ahh, melalut suda. Layan je picture bawah ni.


Lepas tu, kami pergi mengkaroakekan diri setelah sekian lama tidak melepaskan gian di situ. Opsss. Suara kami sedap tauuu. Macam retisssssss gitu. Jangan jeles nyahh. Hahaha. Sejam kemudian, kami mengajak encik boyfriend untuk datang dan lepak bersama sama. Mereka pun mempersetujuinyapun. HAHA. Macam biasa, tak sah kalau tak lepak Lake Garden Taiping weh. Taktau kenapa itu yang menjadi destinasi utama kami bila nak melepak dan juga meng-photoshoot. Best kot sebab persekitaran dea hijau hijauan je kan. Sape rasa nak pergi Lake Garden Taiping? Sila miscall i ye. Ekeke. Di bawah ni ada lah beberapa keping muka yang sempat dinyah photoshoootkan. Nyah? Err. Wat eberlaaaaa.

TARAAAAA! Awww awww
"hang sengeh apa?" kata alya kepada epoy





Thanks to Farah Duff yang buat tutor shawl ni even i buat tak menjadi sangat
Pehal muka ketat ni weh? HAHAHHA.

Siapa nak belanja i tengok KARAK and NKTM? I nak tengok, nak tengok. Tapi, kepokaian kemelandaan la. Kesebaban ketidakan keadaan kekerjaan. Kemengangguran. Kebegituan kejugaan keencikan keboyfrienan. HAHAHHAHA. Ok bye.





13 comments:

  1. cik alya,
    comey nye gamba makan fun fries...teringat iklan corntos kakaa....

    nak tengok karak gak....

    ReplyDelete
  2. haha..mcm2 gaya korang makan fries..

    ReplyDelete
  3. kak alyaaaaaaaaaaaaaaa (!) lawa gile dresssup . dam i like it soooooooo much grrr

    ReplyDelete
  4. ta suke tgok wayang .. download aje la . HAHA ! kamu suweet la sayam =)

    ReplyDelete
  5. wah , ingat pegi tengok karak , tapi pegi dating yeeee . hehehehe .

    ReplyDelete
  6. @msredcheesecaketeringin gak nk buat mcm corntozz, tp tak jd, wakakaka

    ReplyDelete
  7. @Munirahhahahah, jom blanja i tgk karak, lalala :p

    ReplyDelete
  8. @deeyaitu stu stu lngkah utk berjimat gak :D

    ReplyDelete
  9. @ceritanadiahhehe, dah tk jd tgk karak, dating la :D

    ReplyDelete
  10. Giler style pic kedua makan kentang tuh. Maaf, saya nak tiru gaya anda. Hahahaha. ^^

    ReplyDelete