Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Tutorial Style Your Shawl/Tudung Bawal




Assalamualaikum bloggers semua.

Penatnya balik kelas harini. Hmm. Buat amali tengah panas selama 3 jam then rehat tak sampai sejam mulakan kelas lain. Penat gilerrrr. Tapi, harini aku nak amek kesempatan hupdate blog yang dah aku tinggal buat beberapa hari. Aku sedih sangat bila tak dapat dah nak blogwalking blog korang. Line terlalu lems sangat. Sadissssssssss.

Ok, teruskan kepada topic asal. Berdasarkan entry sebelum ni, yang bertajuk aku hot macam Dian Pelangi tak? ramai gilerr yang mintak aku buat tutor pakai tudung style tu. Hehe. Lagi, ramai wooo yang like picture tu. Ok, terharu sangat padahal gambar tu tak cun mana. Maybe korang like sebab suka style tudung tu je kan? Aku je perasan aku hot macam Dian Pelangi. Hua hua.

So, aku telah berjaya menyiapkan dua tutorial sekaligusssss. Satu pada sebelah petang, dan satu lagi pada malamnya. Serius aku semangat nak buat kat korang ok. Hehe. Ok, jom usha, mana tau lepas ni korang semua boleh cubaaaaaa :)



Tutorial 1



Tutorial 2



Tutorial 3

Hope korang enjoy tengok tutorial aku ni. Hoho. Sorry sebab biasa biasa je tutorial ni. Tak mampu nak buat yang meletopssss. Tutorial ni pun cuma bertujuan nak share je, bukan nak jual muka, bukan nak publisiti. Take note ok. Thanks watchinggggg! :)

P/S : Ada orang suruh aku buat tutor make up. Pelik. Padahal aku makeup biasa je. Haha. Insyallah kalau ada masa yeeeeeeee.


Wednesday, June 29, 2011

Design your own skin (Facebook)







Hello Bloggers. Assalamualaikum.


Baru baru ni, aku ada install satu application di mana kita boleh design profile sesuka hati kita, sesuka rasa kita. Serius best. Aku pun dah install and ada print screen kat facebook. Hehe. Ada beberapa makhluk yang tanya. Tapi, harini baru aku sempat buat tutor nak install ni. Sorry ya guys, atas kelewatan. So, mari kita mulakan.


Oh ya, installation ni boleh digunakan untuk Mozilla Firefox dan juga Google Crome. This is best broo. Korang boleh pilih yang mana korang selalu guna pakai okey? Nak install dua dua pun boleh :) Takdehal la babe.


1. Firstly, pergi sini.


2. Kemudian, korang kena tekan Download dan ternampak wujudnya gambar seperti di bawah ini. Tick pada bulatan yang kecil tu dan tekan download pada bulatan yang besar.




3. Selepas itu, akan keluar seperti ini dan tekan allow. Makesure korang dah close tab semua yang korang buka tu. Lepas tu korang akan nampak satu pop-up yang bertulis 'install' dan tekan install. Tunggu sehingga habis install.




4. Akan keluar seperti gambar di bawah dan tekan restart now.




5. Bila dah siap install, terus pergi dekat facebook korang. Install dea kejap je. Bila dah log in facebook. Korang akan nampak satu tabs di mana bersebelahan dengan home yang bertulis " social plus" di situ korang boleh mengupload wallpaper/background yang korang ingini seperti aku buat ni.






6. Korang akan berasa berpuas hati sebab skin facebook korang dah cute macam skin facebook aku. Kan kan kan? Hihihi.




Amacam? Cun kan? Dapat unlike status, ada icon smiley, boleh update status colouring, wahhhh. Best kan. Tapi, satu je yang tak best. Sebab, kita je yang boleh tengok profile kita macam tu. orang lain tak boleh tengok melainkan dea dah install. Tak best kan? At least aku seronok sebab aku rasa macam meriah sket fb aku ni. Hehehe. Selamat mencuba. Babai.


Credit : Aku tak ingat siapa dea. Thanks kepada beliau ya.


Sunday, June 26, 2011

TIPS : Memanjangkan bulu mata ( Vaseline)



Hello Bloggers. Assalammualaikum. Selamat malam.

Today, aku nak share sket tips yang bernas untuk korang korang ni. Terutamanya bagi kaum hawa. Mesti suka punya dengan tips ni. Tips nak memanjangkan bulu mata korang. Bulu lain tak payah okey? Pfttt! %#@*&$#* (marah). Biasanya, bagi girl girl yang suka make up, tak kira naturally or not mesti pakai mascara punya kan. Aku kalau nak naturally mesti pakai mascara without eyliner. Baru betul naturally. Kalau bulu mata pendek macam tak cun sangat kan, so kena la panjangkan bulu mata nak bagi cun. Hua hua.

Aku nak pakai fake eyelashes tak reti weh, tapi teringin wooo. Tapi rasa nanti macam susah je nak bukak mata kan sebab berat. Ekeke. Okey, kembali kepada topic asal. Nak memanjangkan bulu mata. Korang pernah dengar tak produk nama Vaseline yang jelly petroleum tu? What? Tak pernah? Ish ish, korang memang bukan perempuan kalau tak pernah dengar. HAHA. Kalau tak pernah dengar, cuba tengok gambar rajah di bawah. Mungkin korang pernah tengok kat memana store yang ada jual natang ni kan.



Pernah tengok tak? Bagus kalau pernah tengok. Lepas ni jangan tengok je. Beli okey? Banyak kegunaan dea selain memanjangkan bulu mata. Seriusly best. Harga pun berpatutan. Tahan lama. Kalau yang kecik yang belah kanan dalam gambar tu, baru RM4.50 rasanya. Tak sampai RM5 pun kan. Tahan lama plak tu. Tak rugi ohhh. Aku pakai since school dulu sampai sekarang tak habis lagi ( sebab jarang pakai kot). Hua hua. Aku memang nak suruh korang semua ni pakai jugak la menatang ni. Best tau. Nak tahu apa kelebihan vaseline ni? Banyak okey.
  • Hapuskan kulit kering and kasar. Bahagian siku, tumit kaki, kuku, lutut dan lain lain tempat yang kasar. Lu pikir la sendiri.
  • Boleh dijadikan sebagai lips balm untuk mengelakkan bibir kering. Ni memang best. Akan nampak naturally okey.
  • Vaseline boleh dicampurkan dengan sedikit tepung dan sedikit Kool-Aid dan boleh membuat gloss bibir berwarna dan berperisa!
  • Mengekalkan bau wangi lagi apabila digunakan di tempat wangian sebelum menyembut minyak wangi.
  • Boleh digunakan sebagai pelembap untuk penghidap jerawat. Ini lagi best okey.
  • Digunakan pada gigi sebelum memakai gincu gincu untuk mencegah gindu dari melekat pada pada gigi.Boleh juga digunakan sebagai makeup remover.
  • Digunakan di bawah bayang-bayang mata dan ia boleh mencipta kesan berkilat.
  • Boleh digunakan untuk melicinkan dan menenangkan kulit selepas bercukur.
  • Melincir cuping telinga dan membantu untuk membuat kemasukan subang mudah dan tidak menyakitkan.
  • Boleh memanjangkan bulu mata (topic hari ini).
  • Menghilangkan parut jerawat.Melembabkan wajah anda.
  • Menghapuskan dari kulit berminyak.

Seriusly banyak gila kegunaan dea. Tapi tak dapat la eden nak senaraikan semuanya. Korang boleh search kat encik google lah ye. Bukan encik nuffnang okey. Ahaa, baru teringat. Rasanya encik nuffnang pun pernah menyiarkan iklan vaseline ni kan. Jangan katakan tidak pernah nampak lagi okey. Okey, kembali kembali kembali semula kepada cara nak memanjangkan bulu mata. Aku malas nak tulis tulis panjang panjang. Apa kata korang layan je video kat bawah ni macam mana nak guna okey? Tarrraaaa!







Arghhh, kucing dea comeiiiiiiiiiiii. Bengang jap.

Dah tengok? Lepas ni boleh la cuba okey. Pakai tiap tiap malam, sebelum tido yahh. Comfirm bulu mata korang panjang nanti. Lepas tu bolehla ucap terima kasih dekat aku sebab syorkan benda ni. Hua hua. Nak tahu cara lain nak gunakan vaseline?

Cara gunakan vaseline pada bulu mata
Cara gunakan vaseline untuk kecantikan
Cara gunakan untuk kesan yang berparut
Cara gunakan vaseline

Yang lain lain tu korang boleh la cari info sendiri okey. Rasa nya dah cukup semua info aku bagi tuu. Hehe. Untuk jejaka jejaka di luar sana, korang pun boleh mencuba. Mana tau boleh mengorat awek cun lepas ni. Kenyit mata sket terus awek di luar sana tu tergoda dengan kecantikan dan kepanjangan bulu mata korang tu. Hua hua hua. Selamat mencuba! Babai.


Tuesday, June 21, 2011

Follower/traffic blog kurang? Macam mana nak buat?


Assalamualaikum bloggers yang kiut miut semua.

Dengan berbesar hatinya, i nak share sket tips dengan korang walaupun follower/traffic blog i tak lah sehebat bloggers otai yang lain, tapi i terharu tau tak. Ehe. Sebelum ni follower i seriusly sikit gilerr okey. Seratus pun tak sampai. Rasa macam susah gilerr la nak tambahkan bilangan follower ni. Sekarang baru i tahu apa puncanya. Antara faktor follower kurang ialah tak blogwalking, jarang hupdate entry, jadi silence reader, tak pernah follow atau tinggalkan komen dekat blog orang lain. Hah, tu antaranya yang i pernah lakukan dulu.

So, secara terperincinya, i telah membuat kajian. Dalam masa sebulan ni, follower i dah meningkat hampir tiga ratus. Tu tara i jarang jarang hupdate jugak, and entry tak berapa nak menarik, and jarang blogwalking. Wahh, banyaknya sebab kan. Kalau selalu hupdate, selalu blogwalking and sebagainya, dalam beberapa bulan je korang dah boleh capai traffic/follower beribu. Tapi, kalau follower beribu pun tak guna jugak kalau orang tak sudi nak komen sepatah haram dekat entry korang. So, pastikan lah korang pun rajin mengomen entry blogger lain. Okey, jom tengok macam mana nak tingkatkan follower/traffic blog korang macam yang i dah senaraikan kat atas tadi.


# Post entry yang boleh menarik perhatian

Ini tips yang paling penting. Post entry yang menarik. Kalau tak menarik, macam mana orang nak tertarik kan? Tak kesahla entry macam mana pun, janji ia boleh menarik perhatian para bloggers. Janganlah post entry benda yang hampir sama je setiap hari, orang lain pun turut akan rasa bosan. Kalau boleh, elakkan entry yang berunsurkan memaki hamun, sebab nanti orang nak baca pun tak rasa macam syiok kan.


# Blogwalking (BW)

Bila korang dah post entry yang menarik, pergila blogwalking bloggers lain. Ni mestilah selalu dilakukan supaya bloggers lain boleh singgah blog korang jugak. Biasanya, bila blogwalking korang akan tinggalkan jejak dekat shoutbox je kan. Ajakla tuan empunya blog tu singgah blog korang juga okey. Tapi, biasanya blogger otai jarang bubuh shoutbox, susahka nak tinggalkan jejak. Sedihnya. Huhu.


# Follow mengfollow

Rajinla follow mengfollow bloggers lain. Tapi, biasanya ada sesentengah bloggers akan tinggalkan komen dekat shoutbox “i follow u, follow me back”. Ada jugak sesetengah bloggers yang tak suka dengan cara ni. I pun tak berapa setuju dengan cara ni. Macam memaksa, dan dipaksa dan terpaksa plak kan. Hehe. Kalau boleh, follow lah secara ikhlas, bukan follow hanya nak menambah bilangan follower korang semata mata kan. Kalau kita ikhlas follow, mesti bloggers lain dengan senang hati dan ikhlasnya mengfollow korang semula kan. So, rajin rajin la follow bloggers lain.


# Tinggalkan comment pada entry bloggers lain

Bila dah baca entry yang menarik, korang mesti akan rasa nak komen entry tu kan. So, jangan segan silu untuk komen entry bloggers lain. Kalau korang rajin komen entry bloggers lain, possibility bloggers tersebut akan komen entry korang jugak kan. Lepas tu, mesti dyeorang akan menjadi follower korang yang setia jugak.


# Buat tutorial blog

Kebanyakkan bloggers suka buat benda ni. Bagus kan. I pun ada buat jugak tutor ni. Tapi, tak banyak mana pun. Just untuk suka suka. And, tujuannya adalah untuk membantu new bloggers atau bloggers yang tak tahu macam mana nak mengedit blog. So, tutorial blog ni amatlah berguna. Bila korang dah selalu buat tutor, orang lain pun akan tertarik untuk follow blog korang sebab dengan tutor ni dyeorang boleh mencantikkan blog dyeorang dengan cara tersendiri.


# Tips kecantikan/kesihatan

Kalau dapat buat entry macam ni, bagus jugak. Boleh memberi info kepada bloggers lain. Follower pun mungkin akan bertambah sebab suka dengan tips yang korang buat ni dan nak tahu tips korang yang akan datang. Biasanya, bloggers kaum hawa je yang akan buat macam ni. Kalau bloggers lelaki, biasanya lebih kepada info info terkini. Contohnya, macam blog serius. I rasa cari ni boleh korang praktikkan bila dah ketandusan idea, hehe.


# Contest/Giveaway

Pernah nampak tak ada sesetengah bloggers buat contest and giveaway? Mesti pernah kan. I pun ada buat contest sekarang ni. Dengan buat ni pun boleh tingkatkan bilangan followe/traffic blog korang. Lepastu, dapat pahala buat amal jariah sebab bagi hadiah free orang. Ekekekkee.


# Join group khas untuk bloggers

Rajin rajinkan lah diri joinkan diri dengan group bloggers ni. Sebab, bila korang join, akan dapat ramai kenalan baru disamping follower/traffic akan bertambah. Sentiasalah tinggalkan link update terkini di group group seperti ini. Mungkin bila bloggers lain rasa entry korang menarik, dyeorang mesti kelik punyalah link korang!


So, agak agak berguna tak tips ni untuk korang? Hehe. I pun masih dalam usaha untuk mengikuti semua tips tips kat atas ni. Sifat rajin tu yang paling penting. Kalau malas, apa pun tak boleh (nak tiru jambu lettew). So, jangan lupa praktikkan semua tips kat atas tu okey? Thanks for reading. Jangan lupa komen and kelik encik nuff yaaa!


Monday, June 20, 2011

Melajukan facebook anda di Google Chrome


Hello Bloggers. Assalamualaikum.

Hello mulid mulid, halini cikgu nak share tips sket. Tips macam mana cikgu melajukan facebook cikgu dengan kadar sebanyak 80 Km/h, errrr (sila baca dengan versi cina) Actually, dah lama dah i install application ni. Tapi harini, rasa teringin pulak nak share tips ni dengan kau orang sebab i rasa best plak bila bukak guna Google Chrome malam tadi. Orang cakap, sharing is caring. So, maknanya, i ni memang caring lah kan sebab share dengan kau orang? Lalalala. Tapi, kalau yang dah tahu tu, abaikan okey. Hehe. Weh, meh nak bisik sket, sebenarnya kan, kan kan kan i tak suka guna Google Chrome sangat. Tak tau kenapa, kau orang orang berorang orang ni jangan bagitau orang berorang orang lain tau. Syhhhh. (saje nak bubuh banyak orang menandakan ramai)

Biasanya, kalau kita bukak guna Mozilla Firefox, akan lems (lembab la) sket kan. Sampai nak usha lelaki hensem badan ketak ketak punya picture pun lems je loading. Sampai rasa nak hempuk hempuk lappy sebab tak dapat tidur dengan lena bila tak dapat tengok gambar abang badan ketak ketak yang seksi tu. Awww awww. Opsss, tergediksss la pulak malam ni. Hehehe. Sorry ye mulid mulid. Cikgu ni memang suka gedik sendili (sila cakap version cina lagi sekali)

Sebenarnya, jadi lambat loading ni sebab banyak sangat iklan kat facebook yang kat belah kanan korang tu (sila cepat cepat bukak facebook dan tengak profile belah kanan anda). Itu salah satu punca utamanya ye. Ekekeke. So, untuk melajukan facebook, Google Chrome telah membuat application untuk membuang dan menghapuskan semua iklan iklan tu di mana jarang kita kelik walaupun kekadang terklik secara tak sengaja.

Bila korang dah install application tu, kau orang akan berasa amat berpuas hati sebab ia lain dari yang lain dan kau orang akan berasa gumbira sebab dapat tengak picture abang badan ketak ketak setiap hari. Apakah? Lagi, bila dah install application ni, kau orang akan rasa wahhhhh cantiknyaaaa sebab semuanya macam tersusun rapi gitu. So, jom cuba install okey?

Oh ya, kalau takde Google Chrome, sila download secepat mungkin ye. Sebab application ni khas untuk Google Chrome sahaja. Harap Maklum ye mulid mulid. Nak cikgu ulang sekali lagi? Ok ok. Tak perlu lah. Bila kau orang dah Install Application tu dan masuk dalam facebook, kau orang akan dapati yg Facebook Login jadi seperti gambar di bawah. Sila pastikan jadi macam gambar di bawah ye.



Wahhh, menarik tak menarik tak? Kiut miut gitu kan. Biru je semua. Takde da putih suci macam selalu yang kita tengok kan kan. Bila dah login kau orang akan dapati semua ads dan poke jugal hilang! Kemudian, kau orang mesti akan perasan yg Facebook korang akan bertambah laju dan semakin lawa. Macam di bawah ini.



Untuk install application tersebut, sila kelik SINI ye mulid mulid. Terima kasih kerana sudi mengikuti tips ckgu harini. Jangan lupa tinggalkan komen dan romen ya! Opss, silap silap. Jangan lupa tinggalkan komen ye. Ok, babai :D


P/S : Sekali lagi nak ingatkan, hanya untuk Google Chrome sahaja okey. Sape yang install kat Mozilla memang nak kena sekeh bertubi tubi tanpa henti lettew.