Thursday, July 28, 2011

Assignment banyak & Saman & Dah nak puasa dah



Hello bloggers. Happy Friday.

Aku bangun awal harini. Gara gara nak siapkan kelima lima asignment yang semuanya nak kena hantar minggu depan. Dalam masa seminggu kena siapkan kelima limanya. Ok. Mati. Sebab aku tak pernah rasa kena siapkan asignment kesemuanya dalam masa seminggu. Gila. Sumpah gila. Satu asginment dengan presentationnya dan juga pamphlet. Takpe, selagi mampu, aku siapkan. Lagi pun tak semuanya kena individu. Tapi, nak cari bahan terlalu susah.

Susah bila kena guna bahasa engineering ni. Asal guna google translate je lain pulak maksudnye. Susah bebenor nak carik bahan in english. Bila dah jumpa tak complete plak. Oh ya, kepada semu pemenang contest tayang gigi, rasanya semua pemenangnya dah terima hadiahnya kan? Hopefully korang semua berpuas hati dengan shawl yang diberi. Maaf atas kelewatan ye.
Minggu lepas, aku kena saman. Fuh, bengang. Kena saman sebab seluar dan katanya pakaian tidak kemas. Ok. Bengang lagi sekali. Harini baru aku dapat melepaskan rasa kegeraman. Apa lah depa tu nak buat dengan duit saman tu? Sorang student kena RM20. Kalau sepuluh orang? Dua puluh orang? Tak ke kaya? Ciss. Dah tu, sekali tunggu dekat pintu masuk utama. Masa student tengah sibuk keluar masuk, waktu rehat, waktu nak balik rumah, waktu nak pergi kelas. Memang pandai lah depa ni kan. Aku pun salah satu jadi mangsanya.


Dia bagi masa 14 hari untuk bayar saman ni. Sekarang dah hari ke berapa tah. Malas aku nak g bayar. Tunggu lah minggu depan. Kalau aku rasa aku dah berpakaian cukup kemas dan bersopan nanti baru aku pergi. Entah nak sopan macam mana lagi pun taktau lah kan.


Pakai macam atas ni pun dikira tak bersopan dan tak kemas ke? Haruskah pakai baju bengkel kat luar yang dah tebal dan berkolar memakain baju kolar lagi kat dalam bagi kaum perempuan? Gila tak logic. Bengang lagi. Tunggu aku bukak baju semua nanti baru lah patut depa ni saman lepas tu cakap sebab aku tak berpakaian sopan.

Tapi takpe, minggu ni aku buat dunno je pegy pakai macam ni. Aku manada seluar poket tak tampal dah nak pakai. Mana ada seluar slack dah. Lagi pun aku akan rasa pelik bila aku pakai seluar slack yang kembang and macam lebar bagi aku yang tak cukup ketinggian ni. Errr errr. Kalaulah duit RM20 tu dea cakap 'sila lah beli seluar baru' takpe gak. Ni dah kena saman RM20, pastu nak beli plak seluar lagi. Manyak duit apak ang? Haha.


Okey, comel tak kasut aku? Hahaha. Takde motif. Pinky tu mesti ada okey. Nak cari pattern yang aku berkenan dengan full pinky memang susah. Ekeke.

Oh ya, minggu depan bermula lah bulan Ramadhan kan. Aku rasa aku puasa kat sini je lah kot sampai cuti hari raya. Hoho. Nak buat macam mane, duduk jauh di rantauan orang lah katakan. Kena berdikari sikitlah puasa tahun ni, sebab semuanya sendiri. Nak kena jimat duit belanja, tak boleh balik selalu. Sebelum ni aku tak pernah merasa puasa macam ni. Heeee. Alhamdulillah, puasa ganti dah abes aku selesaikan kat sini.

Macam mana lah aku nak pergi kelas akan datang ye dengan jalan kaki, panas panas? Hopefully semuanya mampulah aku laluinya kan. Kalau puasa yang ganti haritu aku mampu buat, takkan lah yang wajib ni tak mampu pulak kan? Tapi, bila kena buat kerja macam ni


kat bawah panas lagi, selama 3 jam memang penat dan dahaga kalau bulan puasa ni. Agak agak bulan puasa pun ada buat jugak ke macam ni? Sebab katanya kena siapkan jugak buat natang ni. Fuh, memang tak larat la nak buat kalau macam ni.


Tengok dalam gambar macam mendung mendung je gitu kan. Tapi padahal masa ni panas okey. Walaupun tak berapa nak panas tapi dah berdiri selama 2 jam memang berpeluh la. Untungla sapa yang bengkel kat dalam je kan. Tak kena cahaya matahari, tak hitam. Haha.

Sapa sapa yang dekat dengan Politeknik Kota Bharu, maila datang jenguk aku kat sini. Aku sentiasa ada kat sini. Roger je kalau nak datang, dah tu jangan lupa bawak buah tangan ke, buah hati ke. Hahahahhaa. Hahahahhahaa.



Ok dah, takde modal dah nak hupdate blog semenjak beberapa menjak ni. Bila dah tak blogwalking idea tak mencurah curah. Idea aku akan mencurah curah bila blogwalking je. Tunggu lah aku cuti raya nanti ye bloggers. Ekeeke. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Wahh, awal aku wish kan. Heee. Ok bye.

6 comments:

  1. Nk wish awal jugak laaa..
    salam ramadhan ..

    ReplyDelete
  2. u know what dear, umah nuru dkt je ngn poli kamu ni haa..alya duk umah sewa ke duk hostel?? btw, shawl tu dh smpai.!!! tq dear.. i likeee..!!

    ReplyDelete
  3. erk .. poli pn ade polis die eh ?? hohoho ..

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa..
    p/s: kasut cntik! grey pink..lawa ok

    ReplyDelete
  5. amboi happynye budak ni hihi.. take care dik~!! :-h

    ReplyDelete