Friday, June 24, 2011

Aku suka berpoligami, Ekekee



Assalamualaikum bloggers. Selamat pagi.

Semasa aku menaip entry ni, aku masih tak tido lagi, padahal orang lain dah bangun pagi gosok gigi, guna ubat gigi safi, gigi putih, sihat dan kuat, lalalalala (nyanyi sket) hua hua hua. Aku dah jadi burung hantu la sekarang weh. Siang tido, malam berjaga. Dah petang petang sket baru la dibuai mimpi indah. Hehe. Harini, nak membincangkan topic hangat di antara kaum Hawa. Cewahh. Aku suka poligami? Yeke? Ok, tipu. Majoriti kaum hawa aka kaum perempuan akan membangkang seratus peratus terhadap poligami ni. Betul tak? Termasuk lah aku okey! Tak bermakna membangkang poligami ni menantang agama tau tak.



Semua ni gara gara entry oranglidi yang mengutarakan tajuk poligami, lepas tu suruh aku buat satu entry yang mengatakan aku membangkang poligami. Hehe. Tapi, aku sokong entry oranglidi kalau poligami mengikut syariat islam seperti yang dinyatakan. Kalau berpoligami niat lain macam mana plak? Biasanya poligami ni orang kaya raya and yang berkerjaya je rasanya, tapi tak kurang jugak orang biasa. Emm. So, harini aku nak mengupas mengapa majoriti perempuan tak suka poligami? Kenapa kenapa?

  • Tak suka berkongsi suami.
  • Tak sanggup kongsi kasih sayang suami.
  • Boleh timbul masalah dalam hubungan kekeluargaan.
  • Boleh timbul perasaan hasad dengki and cemburu.
  • Takut nanti suami tak berlaku adil dari segi batin and zahir.
  • Bila dah bermadu, nanti suami nak melekat ngan bini muda je. Haha.
  • Takut nanti nafkah anak anak tak dapat.
  • Takut kebahgiaan keluarga dirampas.
  • Masa perlu dibahagikan untuk kedua dua.
  • Masa bersama kelurga kurang. Ekeke.
  • Anak anak kurang perhatian. Maybe?
  • Anak anak boleh gaduh ngan anak madu? Errr.
  • Anak anak rasa malu bapak ada dua bini. Hua hua.


Hahahahaha, rasanya tu je kot yang mampu aku senaraikan bagi pendapat aku sendiri. Seriusly, aku tak suka berkongsi. Nak kongsi kasih sayang, lagi la. Maunya nanti suami aku tu lagi sayangkan bini muda macam mana? Aku nak jadi bini muda pun tak sanggup weh. Haha. Lepas tu, bila dah ada madu, mesti boleh timbu masalah and salah faham punya. Dari happy family, terus tak happy. Kan tak seronok macam tu. Semua orang nak familly yang bahagia kan. Kalau dah suami asyik balik rumah bini muda pulak, dah timbul perasaan cemburu kat bini first ni kan. Kalau lah bini first ni ikhlas bermadu takpela. Mungkin dea dah takde perasaan kat suami dea kot sampai sanggup bermadu. Ekeke.

Bila dah bermadu, dah tentu tentu ke si suami tu boleh berlaku adil? Boleh bahagikan masa sama rata untuk kedua dua pihak, boleh bagi nafkah kat anak bini secukupnya? Nanti, anak anak pun mungkin akan terabai. Lepas tu, akan timbul anak anak malu bapak kawen dua bila kawan anak anak kita yang tak cukup matured tu mesti akan perli memperli kot kan. Haha. Aku bantai je sebab yang ni. Imiginasi kena tinggi sket kan. Hua hua.

So, kesimpulannya perempuan ni memang takut bermadu and taknak bermadu atas sebab sebab di atas. Korang ingat bermadu tu manis macam madu ke? Belum tentu kan. Kalau suami adil, isteri redha, bolehlah bahagia. Rasanya banyak masalah boleh timbul dalam bermadu ni even aku tak menafikan banyak jugak kebaikan dalam bermadu ni. Tapi, aku yakin ramai perempuan akan mengatakan tidak bermadu dan anti bermadu wahai kaum Adam sekalian. Hehe. Thanks for reading. Babai.


12 comments:

  1. dasat la berpoligmi hee~ comment sini back http://www.sarahcika.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. oranglidi yang mulut xbusuk:
    woh.. gitu erk... betol jugak, mane ade orang kat dunia ni yang boleh adil dengan sempurna, macam nabi... cemburu pulak, even isteri nabi, aisyah pon cemburu dengan siti khadijah walaupun khadijah dah meninggal dunia...

    tapi, kalau dah takdir?? heee

    ReplyDelete
  3. kalau boleh elakkn poligami, sila la elakkan poligami tu.. kalau tujuan poligami tu x betul lain jadinya nanti.. bukan tamabah bahagia, lgi jdi kucar-kacir..^^

    ReplyDelete
  4. Wani okay je dengan poLigami :P

    ReplyDelete
  5. :i

    kalau dia ada alasan yang munasabah, jia ok.. =')

    :X

    ReplyDelete
  6. @oranglidikalau takdir no komen, haha. tak berani ckp pape :p

    ReplyDelete
  7. @lady_azieahbetul, bnyk yg tak bahagia rasanya kan.

    ReplyDelete
  8. jap2... perempuan yng sanggup bermadu ni kan bagus! dapat payung emas nanti kan? ehee.. sape nak?

    ReplyDelete
  9. @oranglidikalau bahgia takpela, kalau tak bhgia taknak la :-h

    ReplyDelete