Monday, June 13, 2011

Macam mana nak berterus terang?





Hello Bloggers. Assalamualaikum.

Semalam, i tersentap gilerr dengan satu statement yang terlalu berterus terang nokksss. Aww awww. Menusuk kalbuuu sehingga masih terasa lagi semasa i menaip entry ini. Semua kata kata yang dilontarkan masih terngiang ngiang kat telinga ni. Adoi. Rasa macam nak nangis tanpa henti lepas tu nak bertukar jadi hulk kejap la. Boleh?



Mungkin sesetengah orang merasakan berterus terang adalah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Yeah, i pun tak menafikan. Tapi, berterus terang haruslah kena pada tempatnya dan seharusnya tak lah menyakitkan hati orang dengan kata kata yang agak kasar dan kerass. Whoaa, keras gituuuww. So, tercetus la idea untuk membuat tips bagaimana untuk berterus terang. Nak tahu tak?

#MULAKAN DENGAN KEMESRAAN

Terlebih dahulu, mulakan dengan topic yang lain. Yang penting, topic yang nak dibentangkan tu mestilah menjurus kepada benda yang korang nak berterus terang tu. Contohnya macam korang nak tanya arah jalan dekat kedai tepi jalan, tapi korang mulakan perbualan dengan "wah, lakunya jualan makcik ye harini" kalau respon baik, barulah teruskan perbualan. Lebih kurang macam tu la ye. Faham tak? Hehe.


#GUNA PERKATAAN YANG SEDAP DIDENGAR/TAK MENYAKITKAN

Ini yang paling penting. Kalau nak berterus terang gunala perkataan yang sedap sikit nak didengar. Lebih senang, berlapik. Janganla terlalu kasar sampai menyinggung perasaan orang yang mendengar tu. Katakan la, orang yang korang nak berterus terang tu ada masalah bau badan, takkan korang terus je nak cakap "weh macha, ang ni busuk la" takkan nak cakap macam tu kot kan? Cuba guna bahasa berlawanan. Hahaha. Bagus sikit kan. Kalau terlalu berterus terang, tak ke sakit hati nanti. Lagi lagi kalau berterus terang benda yang terlalu sensitif dan memalukan tuan empunya badan. Mau nangis jugak orang tu kat situ.


#NADA SUARA YANG RENDAH DAN TENANG

Guna nada suara yang lembut dan wajah yang tenang. Dengan cara tu, korang boleh mencairkan pihak lawan. Seolah-olah korang datang untuk berdamai dan bukan untuk menyerangnya. Kalau lah korang bercakap sesuatu yang sensitif tetapi di telinga orang ia seolah-olah sesuatu perkara yang rasional untuk difikirkan. Kalau korang bercakap dengan emosional, nanti korang akan dianggap membuat tuduhan melulu tanpa mengkaji kata-kata yang dikeluarkan.Misalnya “ang ni pemalas betullah, satu kerja pun tak boleh buat" dengan nada yang sangat garang dan maki hamun. Orang yang mendengar hanya akan bertambah marah dan menganggap korang nak cari pasal. Satu apa korang cakap pun takkan masuk! Cuba kalau cakap baik-baik, tentu kesannya lebih kuat di ingatannya. Sebab orang bila naik marah, dia tak berapa ingat apa yang sedang berlaku.

Rasanya, tiga tips tu pun dah cukup kan. Kalau taknak orang yang korang nak berterus terang tu berkecil hati dengan korang sampai taknak kawan korang sampai dua tiga hari, sila lah gunakan tips di atas tu. Pastinya memberi kesan kepada korang. Bape banyak korang daaa. Hua hua hua. Sekian.

Sumber : Menggogle




9 comments:

  1. Emm. Kalau semua orang terus terang ikut step nie tadelaa yang tacing tacing kan? Bagus!

    ReplyDelete
  2. haa..betul tu..berterus terang laa perkara plg bagus...ckp terus, xpyh pendam2 kan :)

    ReplyDelete
  3. @SofieyAzwabetul betul, susah kalau berterus terang smpy ada yg tacing kan, hehe

    ReplyDelete
  4. @Ihsan Arifinwakakaka. nk bertukar la cmni kalau hulk tu comel. lalala

    ReplyDelete
  5. no hulk xde pnumbok ade.. (berterus terang)

    ReplyDelete