Tuesday, June 21, 2011

Follower/traffic blog kurang? Macam mana nak buat?


Assalamualaikum bloggers yang kiut miut semua.

Dengan berbesar hatinya, i nak share sket tips dengan korang walaupun follower/traffic blog i tak lah sehebat bloggers otai yang lain, tapi i terharu tau tak. Ehe. Sebelum ni follower i seriusly sikit gilerr okey. Seratus pun tak sampai. Rasa macam susah gilerr la nak tambahkan bilangan follower ni. Sekarang baru i tahu apa puncanya. Antara faktor follower kurang ialah tak blogwalking, jarang hupdate entry, jadi silence reader, tak pernah follow atau tinggalkan komen dekat blog orang lain. Hah, tu antaranya yang i pernah lakukan dulu.

So, secara terperincinya, i telah membuat kajian. Dalam masa sebulan ni, follower i dah meningkat hampir tiga ratus. Tu tara i jarang jarang hupdate jugak, and entry tak berapa nak menarik, and jarang blogwalking. Wahh, banyaknya sebab kan. Kalau selalu hupdate, selalu blogwalking and sebagainya, dalam beberapa bulan je korang dah boleh capai traffic/follower beribu. Tapi, kalau follower beribu pun tak guna jugak kalau orang tak sudi nak komen sepatah haram dekat entry korang. So, pastikan lah korang pun rajin mengomen entry blogger lain. Okey, jom tengok macam mana nak tingkatkan follower/traffic blog korang macam yang i dah senaraikan kat atas tadi.


# Post entry yang boleh menarik perhatian

Ini tips yang paling penting. Post entry yang menarik. Kalau tak menarik, macam mana orang nak tertarik kan? Tak kesahla entry macam mana pun, janji ia boleh menarik perhatian para bloggers. Janganlah post entry benda yang hampir sama je setiap hari, orang lain pun turut akan rasa bosan. Kalau boleh, elakkan entry yang berunsurkan memaki hamun, sebab nanti orang nak baca pun tak rasa macam syiok kan.


# Blogwalking (BW)

Bila korang dah post entry yang menarik, pergila blogwalking bloggers lain. Ni mestilah selalu dilakukan supaya bloggers lain boleh singgah blog korang jugak. Biasanya, bila blogwalking korang akan tinggalkan jejak dekat shoutbox je kan. Ajakla tuan empunya blog tu singgah blog korang juga okey. Tapi, biasanya blogger otai jarang bubuh shoutbox, susahka nak tinggalkan jejak. Sedihnya. Huhu.


# Follow mengfollow

Rajinla follow mengfollow bloggers lain. Tapi, biasanya ada sesentengah bloggers akan tinggalkan komen dekat shoutbox “i follow u, follow me back”. Ada jugak sesetengah bloggers yang tak suka dengan cara ni. I pun tak berapa setuju dengan cara ni. Macam memaksa, dan dipaksa dan terpaksa plak kan. Hehe. Kalau boleh, follow lah secara ikhlas, bukan follow hanya nak menambah bilangan follower korang semata mata kan. Kalau kita ikhlas follow, mesti bloggers lain dengan senang hati dan ikhlasnya mengfollow korang semula kan. So, rajin rajin la follow bloggers lain.


# Tinggalkan comment pada entry bloggers lain

Bila dah baca entry yang menarik, korang mesti akan rasa nak komen entry tu kan. So, jangan segan silu untuk komen entry bloggers lain. Kalau korang rajin komen entry bloggers lain, possibility bloggers tersebut akan komen entry korang jugak kan. Lepas tu, mesti dyeorang akan menjadi follower korang yang setia jugak.


# Buat tutorial blog

Kebanyakkan bloggers suka buat benda ni. Bagus kan. I pun ada buat jugak tutor ni. Tapi, tak banyak mana pun. Just untuk suka suka. And, tujuannya adalah untuk membantu new bloggers atau bloggers yang tak tahu macam mana nak mengedit blog. So, tutorial blog ni amatlah berguna. Bila korang dah selalu buat tutor, orang lain pun akan tertarik untuk follow blog korang sebab dengan tutor ni dyeorang boleh mencantikkan blog dyeorang dengan cara tersendiri.


# Tips kecantikan/kesihatan

Kalau dapat buat entry macam ni, bagus jugak. Boleh memberi info kepada bloggers lain. Follower pun mungkin akan bertambah sebab suka dengan tips yang korang buat ni dan nak tahu tips korang yang akan datang. Biasanya, bloggers kaum hawa je yang akan buat macam ni. Kalau bloggers lelaki, biasanya lebih kepada info info terkini. Contohnya, macam blog serius. I rasa cari ni boleh korang praktikkan bila dah ketandusan idea, hehe.


# Contest/Giveaway

Pernah nampak tak ada sesetengah bloggers buat contest and giveaway? Mesti pernah kan. I pun ada buat contest sekarang ni. Dengan buat ni pun boleh tingkatkan bilangan followe/traffic blog korang. Lepastu, dapat pahala buat amal jariah sebab bagi hadiah free orang. Ekekekkee.


# Join group khas untuk bloggers

Rajin rajinkan lah diri joinkan diri dengan group bloggers ni. Sebab, bila korang join, akan dapat ramai kenalan baru disamping follower/traffic akan bertambah. Sentiasalah tinggalkan link update terkini di group group seperti ini. Mungkin bila bloggers lain rasa entry korang menarik, dyeorang mesti kelik punyalah link korang!


So, agak agak berguna tak tips ni untuk korang? Hehe. I pun masih dalam usaha untuk mengikuti semua tips tips kat atas ni. Sifat rajin tu yang paling penting. Kalau malas, apa pun tak boleh (nak tiru jambu lettew). So, jangan lupa praktikkan semua tips kat atas tu okey? Thanks for reading. Jangan lupa komen and kelik encik nuff yaaa!


23 comments:

  1. yg part jarang update tu ak
    terase lahh..hahahahaha
    tu ar..aku kn..dah berblog 2 tahun...
    folower siput gitu je...grrrrrr
    stlylahh kau cakap =p

    ReplyDelete
  2. ok2..sedang meninggalkan komen!!!
    *harap2 follower bertambah, PUH!*

    (mulut saye xbusuk okeh!)

    ReplyDelete
  3. yups
    nak bagi orang kenal blog kita yang paling bagus ialah blogwalking dan komen
    :-)
    semua tips2 tu betul tapi apa2pun berblog lah dengan gembira dan ikhlas :-)

    Wanita Sensitif Kan? Setuju Tak?

    ReplyDelete
  4. @Far8 budak baikhahaha, kita sama la dulu. jgn risau. slow2 la, nnty mesti akan timbul rasa nk update selalu woo :D

    ReplyDelete
  5. @miss lolly a.k.a luvfaredahehe. hai lolly :D ekeke, thanks sudi menyinggah eh.

    ReplyDelete
  6. @Hansyeah, betul betul. bergembira dan ikhlas yg penring kan :D

    ReplyDelete
  7. yep2!! kompom xbusuk... dah double chek! hahaa

    ReplyDelete
  8. ohhhh...mcm ni ke.bru tau.maklom la sy bloger bru lg.klaw xbca mna la taw kn..tq pda tuan pnya blog ni ats tips2 mnarik ni

    ReplyDelete
  9. info yg bagus...thanks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  10. info yang sangat berguna utk blogger baru mcm saya :) jom follow saya pula hehe

    ReplyDelete
  11. saalm..tip yang amat berguna bagi new actice blogger macam saya,,,blog dah lame tapi baru nak active..pageview tu amat kurang lagi,,huhu..setakat baru try komen2 blog orang follow sebanyak yang mungkin..hihi..
    saya follow awak taw..

    ReplyDelete
  12. As Salam..Tips yang tersangat2lah berguna kepada saya yang baru berjinak2 dengan dunia blog berblog ni...thanks..May Allah bless U...

    ReplyDelete
  13. good sharing...sgt berguna utk sy yg msih baru ni..hehe

    ReplyDelete
  14. Salam perkenalan semua...saya suka info ni, sangat berguna kepada saya yg baru memulakan blogshop. Jemput semua ke blogshop saya di dayanacottoncollection.blogspot.com. Singgah2 la ye :)

    ReplyDelete
  15. hai!! akak masih baru dlm dunia blog ni..hihi..
    sape leh aja, mcmne nk add shoutbox ye kt blog..
    huhuhu..
    ni pun baru tau mcmne nk add button followers.. :P
    jemput ye ke blog akak..
    ^_____^

    ReplyDelete