Hello Bloggers. Malam.
Pernah tak boyfriend korang atau kawan kawan lelaki korang menangis sebab perempuan? Jarang sekali nak tengok atau nampak atau lihat lelaki menangis kan? Yelah, tak macho lah kalau lelaki menangis, kan kan kan? Tapi, sekuat kuat, segagah gagah mana lelaki pun, akan jatuh jugak airmata mereka kerana perempuan yang dicintai. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Tapi, tak bermakna bila lelaki menangis bererti lelaki adalah lembut atau lemah.
Bila lelaki benar benar jatuh cinta dan setia pada perempuan dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Eh, yeke? Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Jom checkedout antara punca yang menyebabkan lelaki menangis dalam percintaan.
- Si lelaki dianggap tidak wujud oleh wanita kesayangannya.
- Si lelaki melihat wanita kesayangannya bermesraan, curang, berpelukan dengan lelaki lain.
- Si lelaki tidak dapat membahagiakan wanita yang di sayangi.
- Si lelaki mendapat tahu si wanita kesayangannya berpura-pura mencintai dia.
- Wanita yang disayanginya tidak mencintainyanya secara ikhlas dan sepenuh hati, tetapi sekadar menggunakannya.
- Si lelaki tidak dapat membantu wanita kesayangannya apabila wanita tersebut benar-benar mahukan pertolongan.
- Si lelaki berasa dipergunakan oleh wanita kesayangannya.
- Si lelaki melihat wanita kesayangannya sakit, bersedih dan menangis.
- Si lelaki merasakan wanita kesayangannya bukan miliknya tetapi untuk lelaki yang lebih baik sempurna darinya.
- Si lelaki ditinggalkan oleh wanita yang dicintainya.
Betul kot semua kat atas tu wahai lelaki? Hehe. Kaum hawa, jagala perasaan kaum Adam ye. Kaum Adam pun ye? Eh, jom menggatal dengan lagu ni jap. Tak saba la pulak edeen nak kawen, HAHAHHA.
sumpah sweet gilerrrrr babeng wehhhh. suka lagu nih bagai nak rakk.
Psssttt : encik boyfie i pernah menangis, so maknanya dia ikhlas la mencintai i eh?