Showing posts with label 10 THINGS IN 10 DAYS. Show all posts
Showing posts with label 10 THINGS IN 10 DAYS. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Day two : 10 things you love





Hello Bloggers. Assalammualaikum.

Harini, i baru berkesempatan untuk membuat 10 things you love. Maknanya, 10 benda yang i suka/sayang. Kan kan? Love membawa banyak maksud kan? Lalala. So, letssss checkedout.

#1



I suka shopping. Seriusly, kalau sekali shopping, boleh habis duit. Evenly, kalau takde duit, i akan window shopping je. Haha. Kadang kadang, i suka shopping online je. Zaman dah moden dah sekarang. Nak apa, boleh search online je sekarang ni kan. Tak perlu lagi nak naik lima enam tingkat mall, pusing pusing satu mall sampai lenguh kaki. Ehe.

#2



I ni kuat makan orangnya. Dalam erti kata lain suka sangat makan. Kalau sekali makan, sikit je. Tapi, kena ulang ulang banyak kali makan. Sebab asyik laparjer perot i ni. Waka waka eh eh. Tapi, kekadang tu, ada gak i makan full satu pinggan. Kalah abang gua bro. Lalala. Tapi, berat tak naik jugak. Maintain je. Taktaula camne lagi nak buat. Kalau ketinggian, lagi lahhh. Sob sob.

#3



Aku suka pakai shawl. Suka gilerrrr. Tapi, semuanya banyak shawl jojet and chiffon and cotton je. Buat masa sekarang i tak pernah lagi pakai shawl pashmina ala ala hana tajima tu. Sebab i tak confident je nak pakai, and i rasa macam rimas je bila pakai even style gila pakai. Hehe. Tunggu la i pakai shawl satin nanti :D

#4



Suka and sayang dekat encik boyfriend. Lalala. Ada kaitan tak? Ada rasanya. I sayang encik boyfriend. Sayang sangat. Wakaka wakaka.

#5


Suka kasut wedges. Serius. I mana reti pakai high heels. Setakat 2 inchi bolela. Err, inchi ke cm? Entah. Tapi, i lebih suka kepada wedges compare high heels even kekadang teringin nak pakai high heels. Sebab i takut terjatuh di khalayak ramai. At least, wedges buat kita stabil. Kan kawan kawan perempuan? Ehe.

#6



Suka kucing. Yes, cat lover. Tapi, kekadang tu i tak tahan dengan bulu kucing sampai terbersin bagai nak rak weh. Kucing comel weh. Suka suka. Lagi lagi kucing parsian. Omaigoddd. Rasa nak picit. Kalau tengok video kucing yang comel comel, buat aksi memanja, lagi la geraamm wehh.

#7



I suka hangout. Hangou dengan kengkawan. Lepak ngan dyeorang. Membuang masa ngan dyeorang. Cerita masa muda muda, hahaha. Best, lepas tuuu, bergossip. Lalala. And, i memang suka hangout, tak suka duduk rumah. Sob sob.

#8




Suka pink. Yes, pinky girl. Dulu, i tak suka langsung warna pink. Sekarang, i suka gilerr warna pink. Evenly, tak semua baju i warna pink, tapi mostly barang i banyak pink sejak gila pink ni. I rasa pink ni macam awww aww sweet gilerrr weh :D hehe.

#9




Aku suka bruno mars. Korang suka tak? Suara dea cool weh. Macam, perghhh. macho gilerrr laaa. HAHA. Aku suka lelaki suara serak serak basah sikit. Alahh, ala ala bruno mars la. Serius tergoda bila didengar, wakakaka.

#10



I layan cerita korea. Suka suka. Tapi, takdela sampai semua pasal korea, korang tanye je i boleh jawab. HAHA. Takdela addicted sangat. Macam biasa biasa je. Tapi i memang suka tengok cerita korea. Siapa layan MyGirl? MySassyGirl? CoffePrince? Err, banyak lagi weh kalau nak bagitau. Sapa tau kat mana website yang bole download cerita korea dengan pantas dan effisen, sila lah bagi tau i dengan kadar yang segera naaaaaaaaaaaaaa.

Perghh, lama gila i nak buat entry ni. Mau dua hari jugak nak pikir benda logic yang aku suka nak letak kat sini kan. Haha. Mampus nak bubuh benda yang aku suka yang merapu rapu kat sini kan, macam tak logic pulak korang baca nanti. Dah baca tu, komen la. Penat tau i buat entry ni? Tau tak? HAHHAA. Ok, bye.





Tuesday, May 10, 2011

Day one : 10 things about you





Hello Bloggers. Mari kita mulakan main binatang ni.

10 things about me yeh? Before nih i memang tak pernah buat entry totally tentang i, so harini, dengan secara rasminya, mari kita mulakan sesi perkenalan kita. Ohh yeahhh!



PERTAMA :

Nama diberi ALIA AFIQAH *tak boleh buh nama penuh la* Sedap tak nama i? Sedap tak sedap tak? Kenapa Alya? Bukan Alia? Alaa, nak famous sikit pun tak boleh ke? Sama je bunyi dan maksud kan. Ejaan je yang lain. Hehe. Sekarang sudah berumur sembilan belasan tahun. Muda lagi la weh. Now currently study dekat Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Kelantan ye kawan kawan. Jauh tu i merantau kan. Kat sana i amek course Diploma Quantity Surveying. Doakan i berjaya jadi QS satu hari nanti :) Oh, lupa pulak. I berasal dari Taiping, Perak. Mempunyai enam adik beradik. Merupakan anak bongsu. Cewahhh. Tak manja okey, tak manja tak manja. Heh.

KEDUA :

Hey bloggers, ni part yang paling penting. I dah ada boyfriend tau. DAH ADA BOYFRIEND. I ulang sekali lagi, DAH ADA BOYFRIEND. So, sila jangan mengurat. HAHAHA. Perlu ke bagitau? Ahhh, pedulik apa. I sayang gila dekat Encik Boyfiee ni. Sayang gila la wa cakap lu. Lu orang tau tak i sayang gila kat dea? Kah kah kah. Doakan hubungan kami berkekalan sehingga ke jinjang pelamin ye kawan kawan. Mudah mudahan kami dapat lalui apa juga rintangan dalam mempertahankan hubungan kami ni, AMIN.

KETIGA :

Suka and obsesssssssi gila dengan kucing parsian even i takde bela kucing parsian. Hopefully, one day nanti ada orang yang nak bagi present kucing parsian tu kepada i. Cecece. *bagai menunggu bulan jatuh ke riba* I geli gelimat mat mat gila dengan cicak. Tak suka tak suka tak suka. Lembik sangat weh. Eeeewwww. Dahla kecik, geli sangat kot. Lintah pun. Dan juga binatang yang lembik lembik seangkatan dengannya. Hehe.

KEEMPAT :

Kuat tido. Kalau boleh tamau bangun dah sampai esok *tipu* I kalau tido mesti lebih 8 jam punya. Adoi. Lepas tu, malam mula la tak boleh tido. Orang dah beradu siap mimpi indah, i masih lagi sibuk online sana blogging sana, blogging sini. Okey, tu memang tabiat. Eh, bukan. Buang tebiat. Ceh.

KELIMA :

Sebenarnya kan, i ni hot temper sikit. Sikit jelah kan. Tapi jangan takut weh, i masih lagi boleh mengawal hot temper i ni. Jangan risau semuaaa sebab i ni sebenarnya masih baik hati okey. Hahahaha. *angkat bakul sendiri* Terima kasih kepada encik boyfie yang selalu jadi air, sebab dea selalu tempat i lupaskan kemarahan, kihkih.

KEENAM :

Saya gila shawl. Sumpah. Banyak gila shawl dalam wardrobe tu. Sampai ada yang beli tak pakai langsung. Kah kah. I beli untuk masa depan. Hehe. I lebih suka beli tudung/shawl dulu, then baru beli baju, lagi senang nak mix match kan. Kadang-kadang tudung/shawl susah nak dapat yg sepadan kalau kita beli baju dulu kan kan kan. Sekarang dah macam macam style pakai shawl. Suka suka suka. Hehe. Tapi kan, kesian tudung bawal dah dilupakan *memang tudung bawal tak banyak pun, kale hitam je ade.

KETUJUH :

Suka tengok perempuan yang cantik and kiut miut *tapi tak bermakna yg tak cantik tak suka. Suka jugak bila perempuan yang pandai berfesyen, dan juga kretif dlm bab mix and match ni. Kira boleh jadi idol untuk i berfesyenla, aiceycey.

KELAPAN :

Saya juga merupakan silence reader. Hehe. Kadang kadang tu, malas nak meninggalkan jejak, so jadi silent reader lah. Tahap malas i memang tinggi okey. Korang kena faham.

KESEMBILAN :

Suka bila ada orang offer hadiah free. So, bila sesiapa buat contest i mesti join*kalau tak ramai yg join* HAHA. Dah alang alang cerita pasal contest, nak mintak korang tolong vote i sekali untuk satu contest ni boleh?

tolonggla vote eh :)

like page ni
http://www.facebook.com/pages/saye-memang-suka-penuhkan-lemari-bajuhuuuu/123462701021843

then pic ini
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=205869699447809&set=a.202534979781281.51935.123462701021843&type=1&ref=notif&notif_t=photo_reply&theater

hehe, thanks sgt ye :)

Tolongla wahai kawan blogger, tolong sangat sangat. I nak menang ni, hadiah dea memang best gillerrrr la wa cakap lu. Heh.

KESEPULUH :

Kalau kat facebook, i ni pengelike tegar. Haha. Suka gila kalau bab like like picture/status orang. Motif? Malas nak komen, like jelah, haha. Okey, i memang pemalas. Tettttttttttt.

Dah habes membebel, ok bai :D Eh, jangan lupa drop comments, penat aku membebel weh, kesian tau takkk? Kalau kesian drop some comments eh? HAHA.




Friday, May 06, 2011

10 Things in 10 Days!





Hey Bloggers.

First time nak try binatang ni, boleh tak? Hehe. Selalunya tengok orang buat lebih dari 10, so rasa macam tak mampu gila. Then, blog walking haritu, terjumpa this one. 10 things in 10 days. Whoaaa. 10 je wehhh. Takdela macam rasa berat sangat nak buat. Heehe. Jom chekedout!

Day one : 10 things about you
Day two : 10 things you love
Day three : 10 things you hate
Day four : 10 things you want to say to one person
Day five : 10 wishes
Day six : 10 items you can’t live without
Day seven : 10 important people
Day eight : 10 of your favourite songs
Day nine : 10 ways to win your heart
Day ten : 10 final words


Credit to : Keyri