Thursday, May 16, 2013
Benci Diri Sendiri?
Assalamualaikum.
Lama aku tak menapak di sini.
Hari-hari aku terasa kosong kosong ooo kosong
Tak ada apa nak buat.
Tak ada apa yang best.
Tak ada apa-apa.
Lagi sekali.
Tak ada apa-apa.
Tetiba.............
Rasa benci dengan diri sendiri.
Boleh macam tu? Hmmm
Tuesday, February 12, 2013
Sunday, February 10, 2013
Mengimbau Kembali Latihan Industri
Assalamualaikum warga blogger. Cewah!!
Apa khabar? Sihat saja bukan? Alhamdulillah, aku pun sihat. Bertambah sihat. Masuk saja semester baru ramai betul yang menegur 'ketembaman' aku ni. Jeles semua tu! Jeles! Naik stress pulak aku jadinya. Bila la agaknya boleh 'comel' macam dulu semula ya? Counting days!
Nak imbas sikit kejadian masa menjalani latihan industri semester lepas. Wow, ayat nak skema je. Alhamdulillah, keputusan latihan industri pun dah keluar. Syukur. Lulus dengan jayanya............. Hehehehe. Bila dah masuk semester baru rasa macam taknak masuk pulak. Rasa macam taknak berhenti practical. Masa tengah practical kemain tak sabar nak masuk semester baru. Apakah semua ini?
Di sini.....
Aku nak share sikit la. Aku ambil course ukur bahan. So, aku telah memilih untuk practical di syarikat kontraktor yang berhampiran rumah aku. Nak tengok tak macam mana lokasinya?
TARAAA!!!!
Menara Kamal Bina. Masa aku masuk sini, dia baru saja pindah ke sini. Cantik kan? Dekat dengan Taman Tasik Taiping. Area situ lah. Tapi...... Cuma ada dua syarikat je dalam ni. DreamEdge dan juga Kamalbina. Yang lain tu khas untuk orang yang nak buat majlis. Ana Dahlia kahwin dekat sini lah! Tapi, jodoh dia tak berkekalan..
Ni pulak pandangan dari parking luar bagi bukan staff and pengguna Taman Tasik (kemain ayat pengguna tu). Sumber google je ni. Tak sempat nak tangkap gambar pun.
Ni pandangan dari Level 5, Kamal bina. Nampak tak Tasik Taiping kat bawah tu? Kalau tak nampak mai nak jolok sikit bijik mata tu!!! Kat kawasan tu boleh naik swan yang kayuh tu. Naik sampan.. Best sangat! (best la sangat kot)
Ok.... Ni pulak gambaran dalam opis dari tempat duduk aku. Hiks.
Thanks semua staff Kamalbina
Dato'
Miss Lau
Miss Vicky
Kak Farie
Kak Fiza
Kak Ila
Kak Nor
Kak Ika
Kak Punes
Dan lain-lain.. Hehe
Kalau sesiapa yang nak softcopy report latihan industri boleh la tinggalkan komen dan email kat bawah ni ye. Tiada bayaran yang dikenakan. Don't worry. Sharing is caring kan. Bye dear!
* Oh ya.... Inshaallah aku nak bukak balik online shopping. Dah lama tinggalkan. Do support me yah!
Rindu pulak nak breakfast dekat pantry
Rindu pulak nak lunch dekat Nasi Campur Kak Ani
Rindu pulak nak lunch dekat Sejati Seafood
Rindu pulak nak lunch dekat Kamalodge (chalet kamalbina)
Masa aku tengah practical, projek takde. So, kerja tak banyak sangat. Goyang kaki banyak la jugak kot. Kalau buat kerja pun take time dalam dua tiga hari, tak pun seminggu untuk siapkan satu kerja tu. Muehehe. Trainee la katakan. Kalau bagi course ukur bahan ni buat kerja taking off, bayaran interim, taip bq, yang lain kerja biasa je.
Hari terakhir masa practical.Thanks kak fiza belanja pizza. Ahaks
Thanks semua staff Kamalbina
Dato'
Miss Lau
Miss Vicky
Kak Farie
Kak Fiza
Kak Ila
Kak Nor
Kak Ika
Kak Punes
Dan lain-lain.. Hehe
Kalau sesiapa yang nak softcopy report latihan industri boleh la tinggalkan komen dan email kat bawah ni ye. Tiada bayaran yang dikenakan. Don't worry. Sharing is caring kan. Bye dear!
* Oh ya.... Inshaallah aku nak bukak balik online shopping. Dah lama tinggalkan. Do support me yah!
Tuesday, November 06, 2012
Aku Yang Baru
Assalamualaikum awak semua. Kabare? (Khabar Baik version Jawo)
Lama kan aku menghilang? Hehehe. Maafkan aku. Diri ini terlalu malas untuk update dan juga blogwalking. Lama sungguh tidak menjejakkan kaki ke sini. Sungguh! Tak tipu. Hehe. Maafkan aku sekali lagi.
Alhamdulillah, aku bertambah sihat. Bukan setakat bertambah sihat, makin sihat. Terlalu sihat. Sampai berat badan naik dengan mendadaknya. Dan aku.... Terpaksalah terima kenyataan ini dengan redha. Wakakakaka.
Hari ini, ingin aku katakan bahawasanya aku rajin. Ya! Aku tersangatlah rajin! Kalau tak rajin masakan aku boleh menghupdate blog aku ini bukan? Wuwuwuwu. Sekarang dah hampir lima bulan aku practical. Ya! Aku sedang menjalani Latihan Industri. Wahhh, Latihan Industri gituwwwww. Over nyah.. Tak lama lagi tamatlah hari yang aku nanti-nantikan.
Nampaknya masa mencemburui kita. (Eh?) Terpaksalah aku mengundur diri. Jumpa lagi pada entry akan datang. InshaAllah.
Aku pernah jadi perempuan. Aku pernah jadi gadis. Aku pernah jadi wanita. Kini, biar aku jadi muslimah

Monday, June 04, 2012
Perkahwinan
Assalamualaikum semua abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik, pakcik-pakcik sekalian alam.. Alhamdulillah.. Bertemu lagi kita hari ini setelah hampir beberapa hari aku menyepi. Hewhew.
Perkahwinan bukan mainan. Bukan boleh main kahwin-kahwin macam kita kecik-kecik dulu. No no no. Tapi, aku rasa zaman sekarang perkahwinan dah jadi mainan manusia. Kahwin harini, esok cerai. Mudahnya. Aku kalau boleh, dah kahwin tu seharusnya nak kekal hingga ke akhir hayat. Bukan kekal ke anak cucu je weh.
Beberapa hari yang lepas dengan sekali lafaz, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Penatnya tak terkira lah weh. Aku dan kakak aku dengan gigih menyiapkan semua persiapan yang belum disiapkan. Homemade chocholate ni hasil buatan kami berdua. Terlalu gigih menyiapkan 250 kotak. Hewhew. Sampai lenguh-lenguh pinggang. Dari pagi sampai ke malam.
Dengan jayanya dapat menyiapkan. Amacam? Comel tak? Boleh buat bussiness chocholate tak lepas ni? Hihihi. Apa-apa pun banyak lebihan chocholate ni. Tapi, aku sendiri pun tak rasa. Sebab aku tak suka chocholate manis-manis ni. Heh heh.
Bunga telur ini pun hasil buatan tangan aku dan jugak kakak aku. Tapi aku cuma tolong sikit-sikit je. Bunga dip namanya tak silap aku. Memang remeh nak buatnya kalau last-last minute. Huhuhu.
Buat dua pasangan sekaligus. Tema warna adalah purple dan biru. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar sampai aku sendiri pun tak perasan siapa sedara-mara yang datang. Tak perasan sangat sebab terlalu sibuk.
Sourvenior untuk pihak-pihak yang hadir. Iaitu rombongan bagi kedua-dua belah pihak.
Ini bilik pengantin perempuan. Kakak aku. Aku kahwin nanti nak warna pink dusty. Hihihi. Aku gila pink okay. So, si dia kena la terima kenyataan. Hua hua hua. Peduli ape aku kalau dia taknak........ Jangan kahwin dengan aku kalau taknak warna pink. Kah kah kah.
Ini pulak bilik pengantin lelaki. Abang aku. Huhu. Suka sangat-sangat design ni. Dua-dua aku suka. Terus rasa tak sabar nak kawen. Eh? Boleh tak weh? Hahahahahaha
Mudah-mudahan jodoh mereka kekal ke akhirnya. Amin..... Doakan jodoh aku dan si dia sampai ke jinjang pelamin pulak ye? Dan kekal ke akhirnya juga. Insyallah...
Tuesday, May 22, 2012
Persepsi Lelaki
Kalau perempuan cantik pendiam.
Lelaki akan kata : Wow!Ciri2 isteri idaman.
Kalau perempuan tak cantik pendiam.
Lelaki akan kata : Tak reti berkomunikasi agaknya.
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata : Mesti ada krisis ni. Kesiannya.
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata : Dah la tak lawa, perangai plak macam sial!!
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata : Wow! Heroin sejati.
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata : Hmm... Taktik nak mengorat la tu.
Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata : Ok la... Bagai pinang di belah dua.
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata : Kesian... Mesti dah kena bomoh lelaki tu.
Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata : Buta kayu betul mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata : Patut pun kena reject.
Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata : Ntah dato' mana bela ni.
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata : Mesti anak orang kaya ni.
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : Wah... Caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata : Eleh, gedik la tu...
Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata : Don't worry, i will make u happy forever.
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: Sikit-sikit nangis!!Gembeng tol. Ngade2 la...
Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata : Dah la lawa, pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata : Ntah sedap ke tak tu...
Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata : Syoknye!! Rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata : Ko ni takde keje lain ke?? Siibuk ni tau tak!!
Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata : Sukenya!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata : Asyik2 email dia... Boring
Thursday, May 10, 2012
Senyum selagi boleh senyum
Assalamualaikum.. Hai Semua..
Whoaaaa.. Blog dah lain la. Kejut gilerrrrrr. Selama hampir dua bulan jugak aku tak sempat nak bukak and update blog ni. Terkebil-kebil aku tengok. Nak kena explore lebih lepas ni..... Hikhik.
Alhamdulilah, harini aku masih dapat bernyawa lagi. Final exam baru-baru
ni pun agak memuaskan. Cuma satu paper yang buat aku rasa down gila.
Usaha dah, jadi aku redha je la dengan resultnya nanti. Huhu. Selama dua
bulan ni dah macam-macam dugaan yang aku hadapi. Aku pun manusia biasa,
selalu menangis bila tak kuat nak hadapi semuanya..
Bila aku mengalirkan air mata, itu tak bermakna aku lemah. Tapi, aku sedang mencari kekuatan untuk terus tabah. Hidup kena teruskan. Senyum selagi mampu. Walaupun terpaksa. Terpaksa untuk membahagiakan orang sekeliling.
Sesungguhnya aku sudah ketandusan idea. Jumpa lagi pada entry akan datang. Doakan kebahagiaan aku. Doakan semoga aku terus tabah melalui liku-liku kehidupan. Hihihi.
Tuesday, March 13, 2012
Sedikit-sedikit nanti akan membukit
Hai blogger. Assalamualaikum.
Long time no see. Rindu dekat blog ni rasanya. Aku tau korang pun rindu nak tengok aku update kan? Hihihi. Tapi, keadaan tak mengizinkan. Siapa kat sini suka menabung? High five sikit dengan aku. Hehe. Aku ni boleh dikategorikan yang suka menabung lah jugak. Tak banyak pun, sikit-sikit tu ada lah.
Tapi, aku ni spesis suka simpan duit syiling je. Serius. Sebelum ni aku tak reti pun nak simpan-simpan duit ni. Aku ni jenis boros jugak sebenarnya. Duit tak boleh ada dalam tangan langsung. Kalau ada sekejap je habis. Beli macam-macam. Kalau aku simpan duit dalam tabung pun mesti tak lama punya, lepas sebulan kosong balik tabung tu. Hua hua hua.
Sekarang tak macam tu dah. Semua gara-gara abang aku. Abang aku ni lagi jenis suka menabung duit syiling. Penah jugak aku curik sikit-sikit duit syiling dia dalam tabung tu. Hahaha. Sejak dari tu la aku jadi terikut dengan dia nak simpan duit syiling. Punya gigih kan aku. Nak challenge dia jugak. Sampai sekarang pun aku simpan lagi. Ada la jugak hasilnya kan walaupun kadang-kadang aku guna kalau terdesak. Sampaikan roomate aku pun ada yang terikut-ikut and jeles sebab aku mampu simpan duit syiling sebanyak tu k... Hikhik.
Kalau nak simpan duit syiling ni ada caranya. Cara aku sendiri la. Haha. Aku tak suka simpan duit kertas. Sebab bagi aku susah sangat nak simpan duit kertas ni.
So, setiap hari kalau ada duit syiling dalam purse aku je, aku akan amek semua duit syiling tu dan masukkan dalam tabung aku. Benda ni kena jadi tabiat la. Sebab aku memang buat benda ni setiap hari. Dalam sehari tu, boleh la aku simpan dalam singgit duit syiling tu.
Lepas tu, kalau siapa-siapa tanya aku ada duit syiling ke tak, aku mesti akan jawab tak ada. Sebab aku nak simpan duit syiling tu walaupun sebenarnya ada. Ni yang selalu aku buat. Hihihi. So, kalau kat kedai tanya ke, aku takkan bagi sebab aku nak dia yang bagi duit syiling kat aku. Bukan aku. K.. Haha. Melainkan kalau terpaksa la. Bagi la jugak dalam keadaan terpaksa.
Sampai sekarang tabiat ni dah dipupuk dalam diri aku. Haha. Tapi sebenarnya, nak menabung ni orang kata kena ajar dari kecil-kecil lagi. Sebab kalau dah besar, susah sikit kan kita nak biasakan benda yang kita tak pernah buat.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kannnnnnnnnnnnnn? Ehh, aku dah active bertwitter, jangan lupa follow k? Hihihihi

Thursday, February 23, 2012
Manusia

Hai. Selamat petang.
Dah lama nampaknya tak update blog.
Aku dah ketandusan idea nampaknya.
Ya!
Ketandusan idea!
Bila dah jarang-jarang update.
Idea entah hilang ke mana.
Otak tak mampu untuk berfikir.

Hmm.
Manusia?
Apa itu manusia?
Aku sendiri pun tak faham.
Rambut sama hitam.
Hati lain-lain.
Rumitnya manusia.
Rumitnya nak faham!
Makin aku dekat.
Makin dia jauh.
Itulah manusia.
Dah lama nampaknya tak update blog.
Aku dah ketandusan idea nampaknya.
Ya!
Ketandusan idea!
Bila dah jarang-jarang update.
Idea entah hilang ke mana.
Otak tak mampu untuk berfikir.

Hmm.
Manusia?
Apa itu manusia?
Aku sendiri pun tak faham.
Rambut sama hitam.
Hati lain-lain.
Rumitnya manusia.
Rumitnya nak faham!
Makin aku dekat.
Makin dia jauh.
Itulah manusia.
Sunday, January 22, 2012
Dot-dot tiga
Hai semua. Apa khabar harini? Sesungguhnya harini berlaku sesuatu yang sangat mendukacitakan. Sangat! Dah lama aku teringin benda ni. Wahh, macam mengidam pulak. Ohh, tidak! Sudahlah encik boyfriend yang belanja. Walaupun murah, tapi sangat comel. Ala-ala vintage. Kalau tengok online mahal ni. Aku tak berani nak beli online sebab takut terbesar, takut terkecik saiznya. Kalau baju takpe, murah. Kalau benda ni, normally price RM50 and above. Kalau tak fit, memang mengamuk lah. Burn duit aku. Hikhik.
Sambil aku menaip entry ni, rasa syahdu je dengar lagu Rapuh by Opick ni. Lagunya semua best-best. Seriously. Semuanya ada unsur-unsur ketuhanan. Back to the topic. Aku nak cerita pasal kasut pada gambar rajah di atas. Comel kan? Sebelum ni, aku tak pernah nak concern hal-hal macam ni. Sebab tak pernah terjadi kat diri sendiri. Bak kata peribahasa, bila dah terhantuk, baru terngaduh. Manusia kan. Selagi tak kena kat batang hidung sendiri, selagi tu lah buat dunno. Pengajaran buat aku!
Dot-dot tiga? Apa tu? Haaa, pagi tadi aku belek-belek lah kasut yang baru dibeli semalam ni. Eksited nak pakai lah katakan. But at last, tengah dok belek-belek ni aku ternampak something weird kat kulit luar kasut ni. Dot-dot tiga? Dengan tak semena-mena aku teringat kata mama beberapa tahun lepas
"Kalau ada dot-dot tiga ni, maksudnya kulit babi"
Terkejut babun lah aku. Sebab tak pernah mengalami benda macam ni lagi. Tapi belek punya belek aku rasa macam was-was je nak percaya. Nak percaya ke taknak eh? Yelah, sayang kot kasut ni. Tak rasmi lagi. Hahaha. So, aku terus search encik google untuk lebih info. Memang tepat sekali apa yang aku jangka kan! Kulit babi! Opss. Kulit khinzir. Hehe. Nak tahu dot-dot tiga ni rupa macam mana?
Korang akan nampak dot-dot macam gambar kat atas ni pada kulit kasut atau pun pelapik kasut. Normally, jumpa pada pelapik kasut je. Tapi, kasut aku ni kulit luar ada, pelapik pun ada. No wonde lah murah gila babeng. Memang babeng pun kan. Haha.
Tapi, bukan sekadar kat kasut je tau. Korang boleh jumpa kat wallet, casing handphone, handbag dan benda-benda lain yang berkulit. Tapi biasanya kasut la. Jadi, lebih baik korang hati-hati before beli tu. Belek dulu betul-betul. Nak tahu cara kenalpasti kulit babi ni?
1. Harga lebih murah dari kasut lain.
2. Biasanya kulit babi ni dalam bahagian dalam kasut, sebab dia lembut.
3. Paling banyak pada kasut kanak-kanak perempuan.
4. Kasut dewasa perempuan pun tersenarai jugak, lagi-lagi kalau yang ada sales tahap gaban
5. Sandal lelaki pun sama jugak. Belek dulu sebelum beli.
6. Tengok betul-betul struktur kulit yang digunakan.
7. Yang paling penting ada dot-dot tiga.
Jadi, lepas dah siasat terus lah timbul tanda tanya. Aku dah try kasut ni sebelum beli, dua kali. Balik rumah sekali, pegang entah lah berapa kali. Tapi, perlu ke samak? Curious kan? Jawapannya tak perlu sekiranya kulit kita kering, bersentuhan dengan najis yang kering jugak. Untuk lebih details cuba terjah
SINI
Kalau lah korang terbeli barang yang berkulit babi ni, disarankan bakar atau tanam je. Tapi pastikan kalau korang tanam atau bakar benda ni, ia takkan dijumpai atau dipakai oleh orang lain nanti. Cukuplah sampai sini saja. Apa-apa pun tadi aku layan 'BFF TEMAN TAPI MESRA' terus timbul tanda tanya, agak-agak realiti ada lagi ke kawan macam ni? Susah ada. Senang pun ada. Mungkin ada. 1/10 kan? Bye. Assalam.
*No wonder lepas baca entry ni korang terus pergi belek-belek barangan kulit korang, hikhik
*No wonder lepas baca entry ni korang terus pergi belek-belek barangan kulit korang, hikhik
Labels:
MANUSIA YANG TAK CONCERN
Friday, January 20, 2012
Sehari semalam merantau
Assalamualaikum. Hai blogger.
Rindu aku tak? Dah sebulan lebih tak dapat nak update blog. Al maklum lah, dah masuk semester baru kan. Study jauh pulak tu. Manada masa nak update blog sangat. Hue hue hue. Ohh, lupa! Selamat Tahun Baru. Sempat lagi kan nak ucap? Hik hik. Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Amin.
By the way, harini aku nak update pasal vacation aku dan kengkawan ke Pahang minggu lepas. Whoaa, Pahang okey. Dari Kelantan ke Pahang. Tapi, tak bermalam pun. Balik hari je weh. Sebab ada kelas pulak hari Ahad. Nak tahu kami ke mana?
Stay tune..

Yeap. Bukit Gambang Waterpark Resort!
Kiteorang bertolak jam 12 tengah malam hari Sabtu. Janji pukul 10 hari Jumaat, tapi atas sebab musabab, terlambat la dua jam. Huhu. Masa dalam perjalanan tu, kerja aku tdoq je la weh. Ngantok gile kot. Kiteorang pegi dua buah kereta, 13 orang termasuklah aku. Masa on the way tu tetibe kereta lagi satu ni tayar pecah. Pecah ke bocor eh? Entah, aku pun tak berapa pasti. Dua kali kot tayar kereta tu jadi cenggini.

Lepas dah breakfast kat tepi jalan, dah settle repair tayar, dalam 10 pagi tu baru la kiteorang gerak semula untuk ke destinasi. Sampai-sampai je lega je rasa. Seriusly macam tak percaya aku dah jejakkan kaki ke sana dengan kengkawan aku nih. Sesampai je di sana teruslah bergambar.

I am the kuda belang with the purple one. Haha. Apa-apa pun aku nak cakap yang Bukit Merah Laketown Resort lagi best lah compare dengan Bukit Gambang Resort ni, Hehe. Tapi, aku tetap jugak berpuas hati sebab dapat have fun dengan kengkawan aku kat sini. Dapat jugak merantau ngan depa-depa ni. Jom masukkkkkkkkkkk.
Eh, beli tiket duluuuuu.
Adult – RM21.90
Kids – RM14.90
Kalau student yang bawak matrik card boleh la dapat RM18.00. Menguntungkan lah!

Kaunter dia terlalu banyak dan terlalu mengkonfiuskan aku sebab rasa macam rumit je nak masuk pun. Nak kena tukarkan ke token dulu lah, hape la. Hehe. Tapi locker dia memang best. Cuma scan je babe. Jangan lupa sewa tube kalau masuk!

Lepas dah simpan semua barang dalam locker, bersedia la untuk bermandi manda. Tapi, aku takde satu pun gambar masa mandi manda tu. So sad kan? Haih. Takpe. Yang penting ingatan tu terpahat dalam kepala hotak ni. Kan? First benda yang aku naik sekali adalah 'Crystal Slide' weh. Serius cool. Menjerit sampai tak ingat dunia woi. Hahaha.
Lepas tu naik semula tangga. Gila lenguh kaki aku sampai dua tiga hari jugak. Tinggi kot. Ops, lepas tu aku naik pulak 'Dark Galaxy Slide' yang bersebelahan dengan 'Crystal Slide' tu. Yang ni style tak nampak apa weh dalam dia. Dah macam terowong. Laju nak mampus pulak tu. Fuh. Kali kedua naik rileks je plak. Hehe.
Yang gambar atas ni the best. 'Family-Raft Slide' tak silap aku. Boleh naik sampai 6-7 orang dalam tube ni. Cool kan? Rasa macam nak terbalik pun ada masa naik natang ni. Tiga empat kali jugak aku nak natang ni. Best siot. Hikhik.

Ni pulak sampai nak tercabut jantung aku. Seriusly nak tercabut, 'Six Lane Racer' namanya. Aku berjaya naik dua kali je kot ni. Kalau kat Bukit Merah aku tak berani nak naik. Takde orang nak teman. Hehe. Kalau rasa nak race ngan kengkawan sapa sampai dulu dipersilakan naik natang ni.
Sebenarnya banyak lagi kat dalam ni yang tak sempat aku nak terjah. Masa tak mengizinkan sangat la. Ada yang main ong bak tu namanya 'Coco Beach' memang best. Sebab ong bak dia kuat. Tapi, aku kan tak berani weh. Aku tak reti renang. Aku hanya mampu berdiri kat situ cuma sampai paras bahu je, lepas tu aku patah balik. Tatotnyeww itewwww. Hahaha. Ok lah, malas nak cerita lagi. Mengantok pulak rasanya.

Balik dulu. See u pada entry akan datang. Kalau sempat update lah. Hiiihi. Cuti empat hari je. Rasa banyak perancangan nak buat. Kejapnya cuti kan.
Kiteorang bertolak jam 12 tengah malam hari Sabtu. Janji pukul 10 hari Jumaat, tapi atas sebab musabab, terlambat la dua jam. Huhu. Masa dalam perjalanan tu, kerja aku tdoq je la weh. Ngantok gile kot. Kiteorang pegi dua buah kereta, 13 orang termasuklah aku. Masa on the way tu tetibe kereta lagi satu ni tayar pecah. Pecah ke bocor eh? Entah, aku pun tak berapa pasti. Dua kali kot tayar kereta tu jadi cenggini.
Lepas dah breakfast kat tepi jalan, dah settle repair tayar, dalam 10 pagi tu baru la kiteorang gerak semula untuk ke destinasi. Sampai-sampai je lega je rasa. Seriusly macam tak percaya aku dah jejakkan kaki ke sana dengan kengkawan aku nih. Sesampai je di sana teruslah bergambar.
I am the kuda belang with the purple one. Haha. Apa-apa pun aku nak cakap yang Bukit Merah Laketown Resort lagi best lah compare dengan Bukit Gambang Resort ni, Hehe. Tapi, aku tetap jugak berpuas hati sebab dapat have fun dengan kengkawan aku kat sini. Dapat jugak merantau ngan depa-depa ni. Jom masukkkkkkkkkkk.
Eh, beli tiket duluuuuu.Adult – RM21.90
Kids – RM14.90
Kalau student yang bawak matrik card boleh la dapat RM18.00. Menguntungkan lah!
Kaunter dia terlalu banyak dan terlalu mengkonfiuskan aku sebab rasa macam rumit je nak masuk pun. Nak kena tukarkan ke token dulu lah, hape la. Hehe. Tapi locker dia memang best. Cuma scan je babe. Jangan lupa sewa tube kalau masuk!

Lepas tu naik semula tangga. Gila lenguh kaki aku sampai dua tiga hari jugak. Tinggi kot. Ops, lepas tu aku naik pulak 'Dark Galaxy Slide' yang bersebelahan dengan 'Crystal Slide' tu. Yang ni style tak nampak apa weh dalam dia. Dah macam terowong. Laju nak mampus pulak tu. Fuh. Kali kedua naik rileks je plak. Hehe.
Yang gambar atas ni the best. 'Family-Raft Slide' tak silap aku. Boleh naik sampai 6-7 orang dalam tube ni. Cool kan? Rasa macam nak terbalik pun ada masa naik natang ni. Tiga empat kali jugak aku nak natang ni. Best siot. Hikhik.

Ni pulak sampai nak tercabut jantung aku. Seriusly nak tercabut, 'Six Lane Racer' namanya. Aku berjaya naik dua kali je kot ni. Kalau kat Bukit Merah aku tak berani nak naik. Takde orang nak teman. Hehe. Kalau rasa nak race ngan kengkawan sapa sampai dulu dipersilakan naik natang ni.
Sebenarnya banyak lagi kat dalam ni yang tak sempat aku nak terjah. Masa tak mengizinkan sangat la. Ada yang main ong bak tu namanya 'Coco Beach' memang best. Sebab ong bak dia kuat. Tapi, aku kan tak berani weh. Aku tak reti renang. Aku hanya mampu berdiri kat situ cuma sampai paras bahu je, lepas tu aku patah balik. Tatotnyeww itewwww. Hahaha. Ok lah, malas nak cerita lagi. Mengantok pulak rasanya.
Balik dulu. See u pada entry akan datang. Kalau sempat update lah. Hiiihi. Cuti empat hari je. Rasa banyak perancangan nak buat. Kejapnya cuti kan.
Thursday, December 15, 2011
Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.Com
Assalamualaikum awak.
Hai. Harini aku nak join GiveAway. Dah lama aku tak join GiveAway kan. Ye dak? GiveAway ni memang menarik minat aku sangat-sangat. By the way, pagi tadi aku cuba nak ping blog dekat GengBlogger, tapi tak boleh and dia mengatakan
Gengblogger.com kini di dalam penyenggaraan,
anda boleh ping blog anda di sini
anda boleh ping blog anda di sini
Jadi aku pun terjah la link yang di bagi tu. Err, first time kot aku terjah. Aku baru tau wujudnya jugak website seperti GengBlogger tu. Hehe. Lepas tu aku ternampak someone yang ping entry dengan tajuk "Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.Com". Dengan sepantas kilatnya aku terjah lah kan. Lepas tu aku ternampak pulak entry pasal ni dekat blog Encik Hans. lagi berkobar-kobar la aku nak join. Hehe.
Mana taknya, aku tak berkesempatan langsung nak tengok Ong Bak Ring Du (Ombak Rindu) ni weh. Baca novelnya lagi lah aku tak pernah. Masa nak keluar movie ni baru lah aku tau yang movie ni diadaptasi dari novel. Memang hot lah movie ni. Kutipan dah lebih 10 juta beb! Memeber aku kat facebook tu pulak sampai ke harini masih ada yang update status 'baru lepas tengok ong bak rindu' ni weh.
Jadi, dengan kesempatan ini haruslah aku menjoinkan diri dalam GiveAway ni kan. Dapat novel free gitu. Awww awww. Tapi, kalau dah nama pun GiveAway haruslah ada syarat-syaratnya kan, takkan nak bagi free cenggitu je mak. Apa-apa pun syaratnya mudah sangat tau!

1) Buat satu entry "Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.com" dah linkkan ke entry ini.
2) Di akhir entry anda, lengkapkan ayat ini "Entri kegemaran saya di Eyriqazz.com adalah ___________ (permalink entry) kerana ___________ .
3) Done. Hantarkan permalink anda di sini SINI
4) Tarikh tutup penyertaan adalah 25 Disember 2011 (Cepat-capatlah join yah!)
Senang saja kan syaratnya? Apa-apa pun aku di sini ingin mengatakan bahawasanya ini adalah kali pertama aku join giveaway di blog Eyriqazz.com ye kawan-kawan. Dan aku teruslah mengfollow blog beliau.
Di sini aku ingin mengatakan jugak bahawa entri kegemaran aku di Eyriqazz.com adalah "Saya mahu novel ombak rindu dari Eqriqazz.com". Haruslah entry ni sebab entry ni yang menyebabkan aku pertama kali menjejakkan diri ke blog beliau dan terus mengfollow. Harap-harap rezeki menyebelahi pihak aku lah kan. Bagi lah novel tu pada aku pleeeasseeee Teacher? Hehe. Panjangnya entry aku. Ok dah. Babai.

GIVEAWAY
Benaran atau tidak? Apa-apa pun BBQ best!
Assalamualaikum. Hai awak.
Salam Jumaat. Hehe. Semalam aku dapat satu berita yang amat mendukacitakan. Seriously, sangat dukacita. Berita ini amat mendukacitakan ramai pihak. Argh! Kenapa harus begini. Aku tak suka, tak suka! Sungguh aku tak sangka begini.
Begini apa?
Begini ceritanya...
Semalam, classmate aku chat aku and mengatakan bahawasanya yang we all akan bertukar kelas. OMG! Aku yang masa tu macam endah tak endah, macam percaya tak percaya je. Biar betik ni? Ahh, tak mungkin la. Tapi, bila aku check semula. Ini jawapannya.

DUB2C ----> DUB3B
See? Tapi tahun 1990? Aku lahir pun 1992. Apakah? Haha. Kes macam ni pernah terjadi semester lepas. Cuma silap tahun sahaja lah. Kelas tak lah pulak. Tapi, kali ni lain. Sobbbss. Sadis. Sungguh sadis.
Aku pun dengan sepantas kilat capai telepon dan menelepon seketul makhluk yang agak rapat dengan aku untuk bertanyakan tentang hal ini. Demmm, check punya check dia dapat 3A. Ini bermakna kelas DUB3C akan dibubarkan. MUNGKIN! Kelas aku dah la 24 ketul je. Bila ada beberapa yang dah carry, makin berkurangan lah. Mungkin ini juga sebabnya!
Tapi, takpela. Aku redha. Mungkin ada hikhmah. Hehe. Eh, berapa banyak tapi haa dah aku guna? Grr. Apa-apa pun aku nak share dengan korang something. Walaupun kiteorang tak unite, tapi dapat jugak buat BBQ beberapa bulan lepas. Dua hari selepas hari kelahiran semula aku (harijadilawoi).
Alololo. Omey tak iteww? Kah kah
Pada masa tu, aku and the geng sampai agak lambat sebab terpaksa berulang-alik ambil orang. Aku pun haruslah join sekaki. Masa sampai tempat kejadian tu dah pukul 5 lebih dah. So, makan cepat-cepat dan terus buat aktiviti. Tapi, (Alamak. Dah kali ke berapa aku guna tapi) sebelum tu kami bergambar dulu!
Aku senyum sambil mulut dipenuhi bihun goreng!
Ini lubang apa? Ce teka!
Hai classmate!
14 Oktober hari kelahiran aku!
Tengok yang belakang tu! Hehe
Saya dan Umi

Lepas tu kiteorang nak naik 'vadana boat' weh. Gila first time kot. Aku masa tu macam berbelah bahagi je. Nak taknak je. Aku ni bukan lah terer berenang. Aku takut sikit kalau lemas sebab aku dah pernah lemas satu ketika dulu. Meninggalkan kesan yang mendalam kot. Dah semua nak naik, aku pun akur lah. Naik jugak.
Pakai safety vest dulu sebelum naik ye. Hehe

Bila time second round, aku naik. Pergh, dada ni jangan cakaplah. Berdetaknya lebih kencang beb! Masa atas tu aku tak abis-abis dalam hati dok kata 'Ya Allah' ja. Haha. Takut aku terjatuh. Ombak dah la kuat gila. Pakai safety vest pun belum tentu aku bole selamat. Hehe. Tapi, alhamdulilah. Selamat!
Peacee yawww. Kami dapat habis berdebar
Lepas dah habis kiteorang terus buat aktiviti tarik tali. Ahh, gambar takpayah la. Muka aku selekeh je. Hehe. Apa-apa pun group aku menang 3 round ok! Round ketiga dyeorang kenakan group aku ni dengan sengaja lepaskan tali, kiteorang semua jatuh! Haha. Dah tu, buat aktiviti cari gula-gula dalam tepung. Seriusly lawak. Dah macam kanak-kanak riang lagi. Siap main tipu lagi. suruh carik tanpa guna tangan, hampa carik guna tangan naa. Termasuklah aku! Dah habis aktiviti, kiteorang buat penyampaian cenderahati.
At least, ada jugak kenangan bersama korang
Rugi bagi beberepa makhluk yang tak datang! Hehe

Kalau betul la berita kami akan berpecah, memang kami semua sedih. Macam mana nak biasa dengan orang lain nanti? Even satu kos, cuma berlainan kelas tapi aku dengan budak kelas lain tu macam tak penah bertegur je. Lawak kan? Cukuplah sampai sini saja. Babai. Salam sayang!
*Pada haritu jugak aku kena prank dengan telur!
*Pada haritu jugak aku kena prank dengan telur!
Subscribe to:
Posts (Atom)