Thursday, December 01, 2011

Ada apa dengan Facebook?





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum. Hai, harini aku nak cerita sikit pasal facebook. Nowadays, facebook memang terlalu femes. Malahan, budak-budak tak cukup umur pun ada jugak. See? Betapa majunya dunia sekarang ni. Bukan setakat Facebook, Twitter, Blogger, Tumblr and macam-macam lagi lah. Semua dihujung jari je sekarang. Nak update apa-apa senang. Lagi-lagi kalau retis.





By the way, aku pun ada terasa jugak muaknya bila tertengok status sesetengah orang tu kat facebook, yang kalau boleh setiap sepuluh minit dia nak update. LOL. Haruskah? Haish. Tak perlu la sebegitu. Dengan status kat Facebook ni jugak kadang-kadang boleh berlakunya

Fitnah
Salah Sangka/Salah faham
Pergaduhan
Penceraian
Bermusuhan


"Penatnye keje seorang Engineer"
Poyo je lebih dia ni. Nak bagitau yang dia keje hebat lettewww. Hadoilaaa
(Dari sini kan dah timbulnya benda yang tak baik)


"Alhamdulilah dah berjaya menghabiskan puasa 6"
Takyahla nak riak-riak nak bagitau korang buat ibadah semua. Sia-sia je nanti. Tapi bila check balik tengok gambar kat facebook, rambut still free hair and pakai seksi. LOL.


Hanya kerana status facebook pun dah boleh dapat dosa. Bukan kita je, orang lain pun. Lagi-lagi yang mengata tu. Ye dakk? Dari update benda yang bukan-bukan baik update benda yang berfaedah. Betul tak? Seriously aku cakap. Bukan nak tunjuk alim ke baik ke hape, tapi aku rasa tak perlu.


Ada jugak sesetengah tu yang jadikan facebook ni sebagai tempat nak meluahkan kemarahan. Tak perlu semua tu, lebih baik simpan dalam hati dan luah pada yang satu, Allah. Kan lebih bagus. Tanpa kita sedar bila kita tengah marah, macam-macam kita boleh keluarkan tanpa berfikir dengan waras. Buat perempuan pulak, kan tak manis kalau keluarkan kata-kata kesat. Semua nampak, semua tengok, semua baca. Apa orang lain akan kata?


Pernah tak korang terfikir apa yang akan jadi pada semua account kita bila kita dah mati nanti? Ada ke orang yang nak handle? Aku yakin, password bukan senang-senang kita boleh bagi pada sesiapa. Macam tu jugak dengan aku. Ajal maut di tangan Tuhan. Bila-bila masa je kan. Tengah kita sihat walafiat ni pun kalau Allah nak bagi sakit sekejap je. Kita sendiri pun tak tahu bila ajal kita. Kalau kita dah sampai ajal nanti macam mana dengan koleksi gambar kita kat laman sosial ni semua?


Mungkin ramai yang akan mengucapkan takziah pada kita.
Mungkin ramai yang akan singgah ke facebook kita untuk mengubat rindu.


Tapi


Sedarkah kita yang gambar-gambar kita akan terus membuatkan kita terseksa di kubur? Gambar-gambar yang tidak menutup aurat dengan betul, lelaki ajnabi terus-terusan melihat. Dalam masa yang sama, tiada siapa yang delete gambar kita kerana tiada siapa pun tahu password kita. Walaupun sudah bertahun-tahun kita mati, gambar kita masih ada dan saham dosa pun terus meningkat.


Pernahkah kita terfikir?


Tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
Baju yang membalut aurat itu, bagaimana?


Takut rasanya kan. Aku ni cuma manusia biasa. Tak pernah terlepas dari salah dan silap. Kadang-kadang kita lupa, kita terleka dengan keseronokan di dunia ni. Jadi, sebelum apa-apa terjadi pada kita cepat-cepatlah bagi emel dan password kita kepada orang yang betul-betul kita percayai.
Align Center

JANGAN LUPA BAGI EMEL & PASSWORD PADA
ORANG YANG KITA PERCAYA OK? :D



Apa-apa pun semua laman sosial ni tak semestinya membawa keburukan. Ada jugak kebaikannya jugak kan? At least facebook ni boleh menghubungkan dan memberi informasi yang berguna. Fikirlah semua, aku rasa kita dah cukup matang untuk berfikir. Jadi, selamat beramal. Hihihi.


*Dah lama nak buat entry ni tapi teragak-agak sebenarnya, hohoho




9 comments:

  1. betol laa..kalau bukk fb penuh status dya sorang..hehe,pulun

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. br rasa muak meh?
    ahahaha..
    tue sebab sa teda fb..

    ReplyDelete
  4. nape ek kena bg password kt org kite percayai ek..
    tak paham.. hehehe

    ReplyDelete
  5. @soffya cik bulansupaya kalau apa2 jd kat kita dah ada org yg boleh bertanggungjwb ke atas laman sesawang kita tu :) hihi

    ReplyDelete