Tuesday, March 13, 2012

Sedikit-sedikit nanti akan membukit





Hai blogger. Assalamualaikum.



Long time no see. Rindu dekat blog ni rasanya. Aku tau korang pun rindu nak tengok aku update kan? Hihihi. Tapi, keadaan tak mengizinkan. Siapa kat sini suka menabung? High five sikit dengan aku. Hehe. Aku ni boleh dikategorikan yang suka menabung lah jugak. Tak banyak pun, sikit-sikit tu ada lah.




Tapi, aku ni spesis suka simpan duit syiling je. Serius. Sebelum ni aku tak reti pun nak simpan-simpan duit ni. Aku ni jenis boros jugak sebenarnya. Duit tak boleh ada dalam tangan langsung. Kalau ada sekejap je habis. Beli macam-macam. Kalau aku simpan duit dalam tabung pun mesti tak lama punya, lepas sebulan kosong balik tabung tu. Hua hua hua.



Sekarang tak macam tu dah. Semua gara-gara abang aku. Abang aku ni lagi jenis suka menabung duit syiling. Penah jugak aku curik sikit-sikit duit syiling dia dalam tabung tu. Hahaha. Sejak dari tu la aku jadi terikut dengan dia nak simpan duit syiling. Punya gigih kan aku. Nak challenge dia jugak. Sampai sekarang pun aku simpan lagi. Ada la jugak hasilnya kan walaupun kadang-kadang aku guna kalau terdesak. Sampaikan roomate aku pun ada yang terikut-ikut and jeles sebab aku mampu simpan duit syiling sebanyak tu k... Hikhik.



Kalau nak simpan duit syiling ni ada caranya. Cara aku sendiri la. Haha. Aku tak suka simpan duit kertas. Sebab bagi aku susah sangat nak simpan duit kertas ni.



So, setiap hari kalau ada duit syiling dalam purse aku je, aku akan amek semua duit syiling tu dan masukkan dalam tabung aku. Benda ni kena jadi tabiat la. Sebab aku memang buat benda ni setiap hari. Dalam sehari tu, boleh la aku simpan dalam singgit duit syiling tu.



Lepas tu, kalau siapa-siapa tanya aku ada duit syiling ke tak, aku mesti akan jawab tak ada. Sebab aku nak simpan duit syiling tu walaupun sebenarnya ada. Ni yang selalu aku buat. Hihihi. So, kalau kat kedai tanya ke, aku takkan bagi sebab aku nak dia yang bagi duit syiling kat aku. Bukan aku. K.. Haha. Melainkan kalau terpaksa la. Bagi la jugak dalam keadaan terpaksa.



Sampai sekarang tabiat ni dah dipupuk dalam diri aku. Haha. Tapi sebenarnya, nak menabung ni orang kata kena ajar dari kecil-kecil lagi. Sebab kalau dah besar, susah sikit kan kita nak biasakan benda yang kita tak pernah buat.



Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kannnnnnnnnnnnnn? Ehh, aku dah active bertwitter, jangan lupa follow k? Hihihihi





5 comments:

  1. ehhehe..nuru pon ske kumpul duit syiling :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,yayang kita ni myimpan da..nanti kita curikk tabungg

    ReplyDelete
  3. Haritu menabung jugak.. Last2 dah tak ingat pulak dalam bilik ade tabung rupanya.. Hahaha

    ReplyDelete