Friday, July 08, 2011

Penat tapi bahagia




Assalamualaikum semua bloggers yang cantik manis yang hensem hensem.

Harini, bangun pagi pagi, sakit tekak, hidung tersumbat, hingus meleleh, mata tak boleh bukak. Ya Allah. Macam ni la aku kalau bangun pagi, lagi lagi kalau kat tempat yang baru. Perederan udara agaknya. Kesian kan. Bersin berjuta juta kali tanpa henti. Okey, tanpa henti tu tipu. Tak larat ohh nak bersin. Hidung aku ni terlalu sensitif dengan habuk. Ya! Cuba lah korang bayangkan betapa peritnya orang yang ada resdung ni. Cuba lah, cuba lah. Hehe. Rasa tak selesa tau tak. Nak buat keje tak senang. Rasa nak tido je sampai esok. Hehe.

Lepas je aku makan ubat, terus mengantok and tido lah semula. Penat semalam kemas bilik dah hilang. Happynyaaaaa. Satu bilik empat orang. Tapi, satu rumah empat belas orangg. Fuyoooo. Tapi, jangan ingat aku ni duduk macam dalam tin sardin ok? Haha. So far, selesa la sebab rumah baru, rumah bungalow. Memang selesa di antara rumah rumah lain yang aku rasa agak kotor, dan persekitaran dea tak best. Sorry to say that. Sebab bagi aku, nak study ni, biarla tempat tu selesa, persekitaran dea tu best, tak kotor baru aku rasa semangat nak study. Hihi.

Ni masa tengah kemas. Ok memang pening.

Masa ni roomate aku tak sampai lagi, aku je yang baru sampai. Tapi, barang banyak sebab yang from hostel punya. Hooho. Eh eh, semalam kan aku ada cakap nak pasang rak buku kan kan? Akhirnyaa berjaya ohhhh. Seriusly bangla (bangga) gila. Har har har. Ingat senang ke bagi aku nak pasang? Kudrat seorang wanita ni tak sekuat kudrat lelaki ok. Sila faham. Lagi lagi, aku ni gadis lemah lembut. Kah kah kah.

Jeng jeng jeng jeng!

Ok, comel tak rak buku aku? Sila la jeles, sila la jeles. Haha. Pink gitu. Ok, aku memang addict pink. Sorry. Jangan menyampah. Haha. Buku aku saja yang banyak kat situ ok. Pergh. Nak kata study hard, takla sangat. Tapi, buku banyak gilerr kan. Hehe. Doakan aku boleh tingkatkan pointer aku eh sem ni? Oh ye, masa pasang rak ni, penat jangan katalah. Dah la panas giler, pasang kipas dah lima pun panas lagi babe. Aiyakkk. Berpeluh peluh. Dah la malam. Boleh plak kiteorang bertukang kan kan kan. Haha. Tapi, kesian rak buku, dea terluka dek kecuaian kami yang tak terer ni :(


Nampak tak? Hehe.

Nasib baik sket je. Takpe, tak kisah sangat. Janji aku ngan roomate aku sorang ni dah berjaya memasangnya dan kami berasa amat berbangla (bangga ) sekali. Bukan riak ok. Har har har. Eh, korang korang korang dan korang. Nanti aku umumkan pemenang contest tayang gigi eh? Harap harap lah bersabar ya semua. Sorry atas kelewatan. Jangan risau, aku akan umumkan punya. Cuma cepat atau lambat saja. Thanks for reading guysssssss. Babai.

10 comments:

  1. kesian alya..

    penat kemas eh .. nk alif tolong ??

    ReplyDelete
  2. Bagusss.sedap mata memandang setelah mgemas..
    you..anda telah ditag ^.^

    ReplyDelete
  3. eh cmne boleh tawu nih .. aduyai =.=

    ReplyDelete
  4. orangnya dah comel,rak buku pun mestila nak comel jugak :D (kembang letteww. haha!)

    ReplyDelete
  5. Keadaan sebelum berjaya dikemas tu fuhhhh. Tercabar kalau lelaki tengok.. ;DD


    Tahniah la berjaya pasang rak tu.. buat² tan nampak je benda kat bawah tu hehhe

    ReplyDelete
  6. hahahaha..hebat betul!
    rindu la zaman study..camni la jugak keadaan nak mngemas

    ReplyDelete
  7. @YOUsoFhaha, tula buat2 tak nmpk je kan. hehe

    ReplyDelete