Monday, July 11, 2011

Huhhh sempottttt




Assalamualaikum Semua. Selamat petang.

Semua dah tahu kan siapa pemenang contest tayang gigi? Hehe. Setuju tak dengan keputusan di buat oleh pengadil? Kepada yang tak menang, jangan la kecik hati, sedih sedihh awwww awww. Lain kali aku buat contest lagi. Insyallah. Hmm, hey semua. Semasa aku menaip entry ni, aku dalam keadaan tak berapa nak sihat. Semput, atau lebih senang dengan astma. Tahu tak apa maksud astma? Tak tahu? Ok, jom kita tanya encik wiki apa dia.



Encik wiki apa dia berkata astma merupakan penyakit immunilogi yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Ya, aku memang ada kesukaran untuk bernafas sekarang ni. Penyakit astma ini berlaku apabila keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan. Faham tak penerangan yang diberikan oleh encik wiki apa dia ni?

Nasib baik la aku pergi jumpa doctor semalam. Bila aku sedar yang aku ada pernafasan bersiul bila tarik nafas. Astma aku kembali lagi setelah enam bulan yang lepas. Keturunan sebenarnya astma ni. Keturunan dari abah aku. Kakak aku pun ada sorang yang astma. Yela, haritukan aku sibuk sangat kemas rumah sewa, habuk banyak. So, penat. Then selesema menyerang terus jadi astma. Penat sebenarnya bila astma ni. Susah nak bernafas. Jalan sikit je dah penat. Pagi tadi ada dua class, tapi aku pegy class yang kedua je sebab tak mampu nak pergi dua dua. Pergi satu class je pun dah terasa penatnya. Seriusly aku tak suka keadaan macam ni.

Antara faktor yang menyebabkan serangan asma adalah apabila pesakit menyedut kutu debu, debunga, bulu kucing atau anjing, pencemaran udara, asap rokok, kurang senaman dan kesan beberapa ubat-ubatan. Aku memang tak tahan dengan asap rokok mahupun asap kenderaan and asap yang sewaktu dengannya. Kucing pun sama, tapi jarang jarang sebab aku ni kan pencinta kucing. Hehe. So, adalah penting supaya pesakit asma ni mengelak dari terdedah kepada semua faktor tadi. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergic) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu. Macam aku kata tadi, aku alergic kepada asap dan juga habuk. Fuhhh.

Semalam, aku cuma dapat tiga jenis ubat je. Satu untuk alergic, satu untuk astma malam dan astma pagi. Tapi aku pelik, kenapa tak bagi ubat batuk? Sedangkan masa tu aku batuk and sakit tekak juga. Hehe. Lepas je balik klinik, bape kali tah aku muntah. Tapi, muntah aku tak berwaena sebab aku tak makan apa apa lagi. Haha. Aku tak rasa nak makan even lapa. Aku taktahu nak makan apa even lapa. So, aku tak makan. Sebab rasa tak mampu nak sumbat kat dalam mulut ni.



Aku tak puas hati kenapa doctor tu tak bagi aku natang atas ni. Aku rasa aku perlukan natang ni. Hehe. Tapi takpe, mungkin aku belum ke tahap yang kritikal kot kan. So, tak perlu kot. Macam abah aku, kalau astma je a.s.a.p kena terus pegy hospital sedut gas. Perghh, tu memang dah kritikal. Takut jugak aku bila tengok macam tu. Sesiapa yang ada astma tu, kalau tetiba jadi semput, cepat cepatla jumpa doctor ok? Sebab astma ni bahaya. Sampai di sini saje lah entry harini. Aku rasa berjam jam aku nak menaip entry ni. Haha. Sorry guys, tak sempat nak balas blogwalking korang. Thanks support blog i, thanks jadi pengkomen tegar. Thanks naaa. Hehe. Ok babai.


8 comments:

  1. alya .. u rehat je okey..
    tak kesah pn la u balas knjungan i ke tak ..
    huhu..

    semoga cpt sembuh ..=)

    ReplyDelete
  2. ohooo..rest well my dear :)
    get well soon yayh :)

    ReplyDelete
  3. Mogaaa cepat okeyh ye deAR ^.^

    ReplyDelete
  4. sy pun ada lelah sikit. tp xteruk da. anyway get well soon inshaallah =)

    ReplyDelete