Friday, June 10, 2011

Sahabat anugerah yang berharga





Hello Bloggers. Assalamualaikum.

Sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita selepas family kita. Siapa kat dunia ni takde sahabat? Menipu sangat la tu. Nak kena cepuk ke? Semua kat dunia ni diciptakan berpasangan ok. Aik? Ada kaitan ke? Ahh, abaikan. Sahabat bagi i adalah benda berharga yang di kurniakan oleh Nya. Siapa yang tak tahu menghargai sahabat, rugilah dea.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat
akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama serta
apabila melihat akan gerak-gerinya kamu teringat akan mati.

Indahnya kalau dapat sahabat yang macam tu kan. Sahabat orang yang boleh berkongsi suka duka kita bersama. Semasa susah ada, semasa senang pun ada. Bukan semasa senang je. Tapi kalau masa susah dea takde, dea bukan lah sahabat yang terbaik weh. Masih wujud ke sahabat macam tu? Emm, mungkin. Nak tahu apa ciri ciri sahabat yang baik? Jom teruskan membaca.



Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya:

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih sahabat. Kerana sahabat, kita bahagia tetapi sahabat juga boleh menjahanamkan kita.


Agak agak sahabat korang macam ni tak? lalalaa~

Bersahabat takde limitnye. Sesuka hati lah nak berkawan sampai berjuta pun kan, asalkan pandai menjaga tingkah laku dan adab, itu dah cukup bagus. Dengan berblogging je pun kita dah boleh dapat ramai sahabat. Kan? I sayang sangat semua sahabat i. Tanpa dyeorang ni, siapa lah i jugak kan. Sebab sahabat ni la yang menyempurnakan kehidupan seharian kita bila berjauhan dengan family :)

Hunny, kenal since standard 6, dan berkawan baik sehingga sekarang. Apa apa je semua sharing bersama. I love you :)

Fiefy, yang mempunyai emo sangat tinggi dari i, tapi i selesa berkawan dengannya.

Ummi
, u are the best classmate i ever had.

Atul & Eyda & Apis & Miyot, ke mana saja kita mesti berenam termasuk ummi. Tapi miyot selalu murtad. Haha. Masing masing mempunyai identiti yang tersendiri.

Lissa, she is the best friend i think evenly baru mula rapat. I selesa dengan u lissa, selesa sangat. Thanks sudi bersahabat dengan i.

Capix, dia ni kawan lelaki paling cool, paling best i ever had. Apa saja i mintak tolong, semua dea penuhi. OMG, u are the best capix. I banyak gila terhutang budi dengan dea ni. Tak sangka persahabatan kita dah nak five years. Rasa macam baru lagi.

Zazril, ni i baru kenal dia melalui fb. Rupanya senior i dulu. Serius tak sangka. I rasa macam dah lama kenal dea. I suka berkawan dengan u weh pakcik. Jangan lupa i nanti ok? Haha.

Cukupla yang tu je i senaraikan. Kalau nak senarai semua memang i tak mampu lah makkk. Ingat i boleh ingat ke semua nak senarai satu per satu semua sahabat i. Lalala. Tapi, korang kena hati hati kalau sahabat korang seperti senarai bawah ni, teruskan membaca lagi.

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Credit : Lissa




9 comments:

  1. waaa..nice dear!
    sahabat kita adalah cermin untuk diri kita~
    macam mana cuti sem ni? bwt ap? keje k? =)

    mulut jia tak busuk taww, hee =)

    ReplyDelete
  2. @jiahehe, betul betul. cuti ni dok umah je, bosann ohh, hahaha

    ReplyDelete
  3. A FRIEND IS LIKE A GOOD BRA? kelakar tp ada betulnya jugak :)

    ReplyDelete
  4. yeah..nice entry..kwn yg bek susah senang skunk susah nak dpt
    hana sndri tgh betuikan dri nak jadi kwn yg bek
    ^_^

    ReplyDelete
  5. @hana sudradjathahaha, mmg pun. nak tegelak pun ada memula tau dulu, tp best kan :D

    ReplyDelete
  6. @HaNa Hanibetul ckp hana, skrng susah nk cari kawan yg betul2 kawan, sedihnye :(

    ReplyDelete
  7. Entry dan gambar tu mengingatkan kembali zaman-zaman belajar dulu.. Seriously berbeza bila dah mula bekerja....

    ReplyDelete